OPERASI… Dr Ismuni (kiri sekali) bersama Kartika dan anggota Penguatkuasa Kesihatan dan Polis yang menyertai operasi tersebut.
LABUAN: Sebanyak sembilan buah premis perniagaan yang sebahagian besarnya pengendali kedai makan telah diberi notis amaran kerana didapati melanggar Prosedur Operasi Standart (SOP) dalam satu Operasi Bersepadu yang diadakan malam kelmarin (Ahad).
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr.
Ismuni Bohari yang mengetuai operasi bersepadu yang membabitkan PDRM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata sebanyak 40 buah premis telah diperiksa.
Selain kedai makan, turut di periksa dalam operasi itu dua buah kedai runcit dan masing masin satu premis spa dan billiard salon.
“Sebanyak 47 notis peringatan turut di keluarkan kepada pengendali dan individu kerana tidak mematuhi SOP antaranya yang dikesan tidak mematuhi penjarakan fizikal, tiada alat pengukur suhu badan, tidak memakai pelitup muka serta pihak premis tidak menyediaka paparan Kod Respon Pantas aplikasi MySejahtera” katanya dalam satu kenyataan media di sinim pada Isnin,
NASIHAT…. Dr Ismuni (berdiri) ketika mengetuai Opersasi Bersepadu di premis kedai makan sekitar bandar Labuan, malam Ahad.
Jelas Dr Ismuni lagi, sepanjang operasi dijalankan didapati kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) terutamanya di pusat bandar masih lagi diparas sederhana.
“ Kami juga mendapati masih ada premis perniagaan seperti restoran, dan kedai runcit yang masih tidak mematuhi norma baharu dalam menjalankan perniagaan dan SOP COVID-19 terutamanya penjarakan fizikal, ” katanya.
Turut sama dalam operasi empat jam itu, Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah.
Seramai 31 anggota penguatkuasa yang membabitkan 18 penguatkuasa Jabatan Kesihatan, 12 anggota PDTM dan seorang dari MKN terlibat dalam operasi itu.