Masidi menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar.
KENINGAU: Sembilan orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 menerima Sijil Penghargaan Anugerah Cemerlang sempena hari keluarga Sakag Gimbawan yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan di sini baru-baru ini.
Penyampain anugerah kepada pelajar yang datang dari Tuaran, Keningau, Sook ,Ranau dan Kita Kinabalu disempurnakan oleh Penaung Sakag Gimbawan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun
Para penerima terdiri dari Najla Batrisya Bt Sabirin, Jafnizam bin Jaunis, Anis Suraya Bt Halimudin, Danish Affiq bin Hamzah, Dania Irdina Bt Mohd, Zetti Batrisyia Bt Hadi Adam, Nur Hazimah Abyiqin Bt Hajimis, Mohd Amirzan bin Jamdin dan Nor Azlinda Bt Mohd Rizduan.
Berucap pada majlis itu Masidi yang juga Menteri Kewangan, menggesa agar anak-anak Sakag Gimbawan peluang-peluang yang disediakan oleh Kerajaan Negeri seperti bantuan kewangan pendidikan dan biasiswa kepada pelajar.
Katanya, bantuan-bantuan seumpama ini boleh dilayari melalui website Kementerian dan Jabatan yang berkenaan.
Pada masa sama ADUN Karanaan itu menyeru agar setiap individu dalam keluarga besar Sakag Gimbawan mencemerlangkan diri dalam apapun bidang yang ceburi.
Beliau berkata, selain bantuan kepada pelajar, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan perniagaan khususnya golongan wanita muda berumur 40 tahun ke bawah.
“Ini juga peluang yang perlu direbut oleh keluarga Sakag Gimbawan bagi meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing” katanya.
Masidi turut meminta agar keluarga Sakag Gimbawan sentiasa mengamalkan toleransi yang tinggi antara satu dengan yang lain.
Asal usul keluarga Sakag Gimbawan terdiri daripada tiga bersaudara yang kini terdiri dalam pelbagai agama namun kehidupan masih tetap harmoni.
Seramai kira-kira 500 keluarga dari pelbagai daerah di Pedalaman dan Ranau termasuk dari Semanjung Malaysia hadir pada majlis itu.



