ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg. Lungkidau Hargai Bantuan Kilat Rusdin Atasi Masalah Air

Sumbangan paip daripada Adun Paginatan Datuk Rusdin Riman untuk tujuan penyaluran air bersih kepada penduduk kampung Lungkidau diterima oleh penduduk

RANAU: Penduduk Kampung Lungkidau Ranau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Adun Paginatan Datuk Rusdin Riman atas jasa baik serta bantuan kilat yang telah disalurkan beliau bagi membantu mengatasi masalah bekalan air di kampung itu.

Pengerusi JKKK Kampung Lungkidau Roy Been Ubid mewakili seluruh masyarakat di sini berkata, bantuan ini amat bermakna dan memberi kelegaan kepada penduduk yang telah lama menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan air bersih.

“Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Ketua UPPM Paginatan Petin Kilou, serta barisan kakitangan pejabat Adun atas kerjasama, sokongan dan usaha yang diberikan dalam memastikan bantuan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan segera demi kebajikan rakyat.

“Tidak lupa juga terima kasih kepada Tuan Azman yang merupakan Pemaju Mukim Paginatan atas komitmen dan kerjasama beliau dalam penyerahan paip sebelum kerja-kerja pemasangan dimulakan.

“Segala bantuan dan tindakan pantas pihak tuan amat dihargai oleh seluruh penduduk kampung. Semoga segala jasa baik, bantuan dan usaha murni yang diberikan mendapat ganjaran yang setimpal serta dipermudahkan segala urusan pada masa akan dating,” katanya.

Sejurus selepas menerima bantuan tersebut, para penduduk kampung bergotong royong membina sambungan paip bekalan air bersih yang salurkan ke kawasan rumah para penduduk di sini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN