Pius Gampan dan Adimin Angga bersama-sama AJK terlibat bergambar dengan kesemua penerima
KENINGAU: Seramai sembilan individu, dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bingkor dan Tuntumulud telah menerima sumbangan peribadi daripada Penyelaras Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Parlimen Keningau, Datuk Jake Jikulin Nointin, di Kg.Minansut, di sini baru-baru ini.
Sumbangan masing-masing diterima oleh pemohon terdiri lima penerima berbentuk mesin rumput dan empat penerima berupa wang tunai untuk pelbagai keperluan termasuk biaya yuran pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Penyampaian sumbangan telah telah disempurnakan wakil kepada Datuk Jake iaitu Ketua PDM Bingkor, Adimin Angga dan Ketua PDM Tuntumulud, Pius Gampan.
Antara penerima sumbangan ialah Francis Tuhai, Ujuh Ghani, Lilis Upong, Dinna Edwin, Stella Muri, Stephen Nair, Francis Nair, Jubirin Richard dan Jyussiana Molly.
Datuk Jake menerusi wakilnya berkata, sumbangan ikhlas tersebut diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Menurutnya lagi, adalah menjadi harapan sumbangan itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban penerima.