25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Semangat Patriotisme Asas Sokongan Aspirasi Madani

Simiun (dua kiri) menerima Jalur Gemilang darpada Ruddy (dua dari kanan) sambil disaksikan Harun (kiri) dan Asdi (kanan).

PITAS: Masyarakat diseru untuk terus mengukuhkan semangat patriotisme tanpa mengira perbezaan pandangan demi menjayakan aspirasi kerajaan Madani.


Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Ruddy Awah berkata kehadiran masyarakat dalam program bukan sahaja memenuhi undangan, sebaliknya menzahirkan dukungan kepada kerajaan dan negara.


“Sebagai rakyat Malaysia, kita harus memberi sokongan dan khidmat bakti yang penuh kepada kerajaan serta setia kepada negara, sama seperti lafaz Rukun Negara yang kita ucapkan sejak di bangku sekolah rendah. Walaupun berbeza pendapat, jangan biarkan semangat patriotisme itu luntur dalam diri,” ujarnya.


Beliau menambah, inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang (1R1JG) wajar disambut baik kerana pengibaran Jalur Gemilang adalah tanggungjawab bersama rakyat Malaysia.


“Kita harus berbangga menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia kerana sehingga kini kita dipayungi keamanan dan kesejahteraan hasil kerjasama semua pihak memastikan keutuhan perpaduan kekal kukuh walau di mana kita berada,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Daerah Pitas 2025 di Pentas Terbuka Dataran Pitas pada Rabu.


Pada majlis tersebut turut diadakan Program JIWA Komuniti Madani anjuran Pejabat Penerangan Pitas yang dengan pengisian mesra rakyat antaranya pertandingan mewarna, ceramah kesihatan berkaitan thalassemia oleh Persatuan Thalassemia Sabah, sukan rakyat serta Jualan Rahmah.


Turut hadir, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bengkoka Datuk Harun Durabi, Pengarah Penerangan Negeri Sabah merangkap Ketua Konvoi KMJG Jainisah Mohd Noor, Pegawai Daerah Pitas Asdi @Mohd Faizal Hussin serta Ketua Polis Daerah DSP Simiun Lomudin./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN