30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SEMANGAT KERJA BERPASUKAN KUNCI KEJAYAAN SESEBUAH ORGANISASI: BUNG

PENJENAMAAN ..Bung diiringi oleh Pembantu Menteri Datuk Robert Tawik,Setiausaha Tetap Haji Mohd Jasni,Pengarah JKR Ali Ahmad menandatangani flat sebagai simbol perasmian dewan Sri Kinabatangan yang sebelum ini dikenali dewan JKR

KOTA KINABALU – Bagi memastikan misi dan visi sebuah organisasi itu berjaya, semangat kerja berpasukan harus diterapkan dalam setiap pegawai dan kakitangan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Dato’ Sri Bung Moktar Radin, kejayaan sesebuah organisasi itu terletak kepada kerja berpasukan.

Tambah Bung Lagi dalam melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan setiap anggota Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) hendaklah berpaksikan peraturan dan s undang undang yang telah ditetapkan

” KKRS serta jabatan di bawahnya mempunyai peranan serta tanggungjawab yang berat dimana tuntutan rakyat terhadap kesempurnaan dan kelengkapan prasarana dan insfrustrukur asas adalah menjadi keutamaan selari dengan slogan kerajaan GRS ” Sabah Maju Jaya” katanya.

TAHNIAH..Bung diiringi oleh Ali Ahmad menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada salah seorang kakitangan JKR.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian dalam majlis amanat dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Sabah di dewan Sri Kinabatangan” baru baru ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untung,dua Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik,Datuk Limus Jury,Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Haji Mohd Jasmin Julpin dan Pengarah JKR Sabah Ir Haji Ali Ahmad Hamid.

Menurut Bung yang juga Adun Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan yang ditunjukkan penjawat awam dalam memastikan dasar kerajaan negeri dapat dibangunkan.

Bung menambah selain mematuhi arahan ketua berpandukan prinsip integriti dan amanah, penjawat awam hendaklah berusaha mempertingkatkan prestasi kerja mereka demi menjaga imej organisasi.

“Sifat-sifat ini dapat membentuk daya jurang yang mapan, memupuk jiwa dan meningkatkan iltizam penjawat awam menjadi lebih berdaya saing,”

Di majlis itu selain menyampaikan amanat kepada kakitangan KKRS ,anugerah perkhidmatan cemerlang Bung juga diberikan penghormatan untuk menjenamakan dewan JKR yang kini dikenali sebagai Dewan Sri Kinabatangan .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN