26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Semangat kekeluargaan yang kukuh antara pegawai kanan, anggota PDRM Ranau bukti perpaduan dan toleransi

DSP Samiun Lomudin menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

RANAU: Semangat kekeluargaan yang kukuh diantara pegawai kanan, anggota dan ahli keluarga dalam pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Daerah Ranau adalah bukti perpaduan dan toleransi untuk menyemarakkan hubungan antara rakan setugas dan kaum keluarga.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Samiun Lomudin berkata, sambutan perayaan krismas yang diraikan bersama para kakitangan yang berlainan anutan agama dan bangsa tidak menjadi masalah dikalangan warga kerjanya kerana perpaduan dan toleransi sentiasa kukuh diantara mereka.

“Walaupun perayaan ini adalah sambutan krismas di peringkat IPD Ranau, tetapi kita berbangga kerana para pegawai, anggota dan ahli keluarga yang berlainan agama dan bangsa turut hadir memeriahkan majlis. Ini adalah bukti perpaduan yang jitu antara kita”. Jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Hari Keluarga Dan Sambutan Krismas IPD Ranau Tahun 2022 yang berlangsung di Dewan Serbaguna IPD Ranau pada Sabtu.

Suasana meriah bersama warga kerja IPD Ranau dan kaum keluarga.

Katanya, suasana harmoni seumpama itu perlu dikekalkan bagi menyemarakkan hubungan dengan rakan setugas dan ahli keluarga yang lain termasuk memberi contoh kepada masyarakat luar akan pentingnya sikap hormat-menghormati sesama insan.

Majlis anjuran Kelab Polis IPD Ranau itu turut diserikan dengan pelbagai acara menarik termasuk persembahan nyanyian koir lagu-lagu krismas dan cabutan tiket bertuah termasuk pemotongan kek meraikan sambutan hari lahir kakitangan dan keluarga yang lahir pada bulan Disember.

Turut hadir adalah Asp Jalix Amindang, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Asp Helvin Ribus, Ketua Cawangan Khas Daerah, Asp Affendy Che Yok, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Asp Lesius Drunssung, Pengerusi Kelab Polis IPD Ranau, pegawai-pegawai kanan serta ahli keluarga.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN