28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 13, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Sekolah tempat anak-anak diasuh dan didik untuk menimba ilmu: Abdul Ghani

Ghani menyampaikan perlatan sekolah kepada salah seorang pelajar

NABAWAN: Sekolah adalah tempat di mana aset berharga ia itu anak-anak diasuh dan didik kerana ianya tempat menimba ilmu pengetahuan.

Ahli Dewan Ubdangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, ilmu bukan setakat diatas kertas sahaja malah ilmu pengetahuan itu terlalu luas, banyak aspek dan bidang yang perlu diterokai.

“Jadi kita semua sebagai manusia sebenarnya tidak akan pernah habis untuk menimba ilmu pengetahuan” katanya semasa beruacap merasmikan Majlis Morning Glory Finale SMK Nabawan pada Jumaat.

Tetapi katanya, walaupun asasnya bermula di sekolah namun tidak terkeciali di rumah atau di luar sekolah.

Sehubungan itu Ghani berkata, sebagai wakil rakyat DUN Nabawan, beliau amat menitikberatkan kepentingan dan kesejahteraan pembangunan modal insan yang mana pada saya warga
sekolah iaitu guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid di setiap sekolah merupakan kumpulan yang perlu dijaga kebajikan dan keperluan mereka, ini kerana kita memerlukan generasi masa hadapan yang berpendidikan dan berlimu pengetahuan.

“Sebab itulah, sebelum menjadi wakil rakyat saya tidak pernah ketepikan perihal berkaitan pembangunan modal insan khususnya untuk menyuarakan pembangunan dan kebajikan
sekolah-sekolah di seluruh daerah Nabawan terutama sekolah-sekolah daif yang berada di kawasan pedalaman di daerah kita ini” jelasnya.

Selain itu, Ghani berkata, beliau juga amat menggalakkan aktivti-aktiviti sukan, kesukarelawanan dan keusahawanan
dalam pelbagai bidang yang melibatkan anak-anak muda di daerah ini.

“Anak-anak adalah pewaris pemimpin masa hadapan dan perintis kepada kecemerlangan yang mahu kita perbaiki dan tingkatkan dari masa kesemasa untuk kawasan kita di daerah Nabawan yang kita sayangi” katanya lagi.

Pada masa sama beliau juga mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) tahun 2024.

“Belajarlah dengan tekun dan lakukan yang terbaik untuk menjawab kertas-kertas soalan peperiksaan.
Anggaplah peperiksaan SPM dan STPM ini sebagai langkah pertama untuk menuju kejayaan sehingga ke menara gading iaitu di Insititusi Pengajian Tinggi (IPT) kelak” serunya.

Pada majlis itu Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menyampaikan bantuan peralatan alat tulis kepada 900 pelajar sekolah daerah Nabawan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM kali kelima di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Nabawan di Nabawan.

Selain itu beliau juga memberi sumbangan wang tunai RM2,000.00 kepada SMK Nabawan untuk meringankan biaya majlis jamuan akhir tahun sekolah itu.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Pensiangan Khairul Akhmal Abdullah, Pengetua SMK Nabawan Goh Soon Peng, Ketua-Ketua Jabatan dan guru-guru.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN