27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sekolah Pendidikan Khas Tuaran, Putatan berjaya anjur program inovatif

PUTATAN: Sekolah Pendidikan Khas Tuaran, Putatan telah menganjurkan sebuah program inovatif, iaitu Aktiviti Tamu Sains Matematik, dengan kolaboratif bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent sempena pembukaan minggu pertama persekolahan.

Program yang berlangsung meriah itu bertujuan untuk melibatkan murid bekeperluan khas yang menghadapi masalah pembelajaran, ketidakupayaan penglihatan, dan ketidakupayaan pendengaran dalam pelbagai aktiviti sains dan matematik.

Kehadiran guru pelatih dari IPG Kampus Kent turut menyinari program tersebut dengan penglibatan mereka dalam pameran dan aktiviti yang dijalankan.

Para guru pelatih membawa kepakaran dan semangat yang menyumbang kepada kejayaan keseluruhan program. Sasaran program ini adalah untuk memastikan bahawa murid-murid bekeperluan khas dapat terlibat secara aktif dalam dunia sains dan matematik, sejajar dengan murid-murid di sekolah perdana.

Pameran braille menjadi salah satu sorotan dalam aktiviti tamu ini, memberikan peluang kepada guru pelatih untuk merasai dan menimba pengalaman pembelajaran yang unik dan berdaya guna.

Pameran tersebut turut menyuarakan kepentingan untuk memahami serta memupuk pemahaman dalam bidang braille bagi memudahkan akses ilmu pengetahuan bagi murid bekeperluan khas.

Semua kejayaan program ini tidak terlepas dari kerja keras guru-guru Pendidikan Khas dan akp terutamanya barisan pembantu pengurusan murid (PPM), yang turut terlibat secara aktif dan berdedikasi untuk memastikan keseluruhan program berjalan dengan lancar. Mereka membantu dalam menyusun, merancang, dan melaksanakan setiap aspek program tersebut.

Panitia Sains, Panitia Matematik, dan panitia Kaikup turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Mereka bekerjasama dengan sinergi bagi memastikan aktiviti yang dijalankan memberi impak positif kepada murid-murid Pendidikan Khas. Pemilihan aktiviti yang menyeronokkan dan merangsang minat turut diutamakan bagi memastikan pelibatan maksimum murid.

Dalam satu kenyataan, guru besar Sekolah Pendidikan Khas Tuaran, Pn. Bong Yien Chiew, menyatakan, “Kami sangat bangga dengan kerjasama program ini dan harap ia dapat menjadi budaya untuk membina minat dan keyakinan murid-murid bekeperluan khas terhadap sains dan matematik. Kolaboratif dengan IPG Kampus Kent turut membuka peluang untuk lebih banyak inovasi dan pembangunan dalam pendidikan khas.”

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (JSTEM), En. Haslan bin Manja meluahkan rasa syukur apabila Stem HUB, IPG Kampus Kent, berpeluang menyantuni murid pendidikan khas serta mencungkil minat mereka terhadap bidang STEM.

“Melalui pendekatan inklusif dan sokongan berterusan, murid pendidikan khas boleh merasai keseronokan serta membangun potensi diri dalam bidang STEM kerana pemikiran, usaha, pengetahuan dan semangat mereka yang sangat luar biasa berbanding murid di sekolah biasa.

“Aktiviti Tamu Sains Matematik yang dijalankan diharapkan dapat menjadi pengalaman yang bermakna bagi mereka, membantu meningkatkan kemahiran dan merangsang minat mereka dalam bidang STEM” – katanya.

Tambah beliau, program ini merupakan suatu kolaboratif yang sangat bermakna bukan hanya kepada murid malah merangkumi pelajar IPG yang hadir dalam program tersebut. Hal ini kerana pameran bahan, peralatan teknologi Braille yang digunakan dalam pedagogi pengajaran disekolah ini mampu membuka minda guru pelatih untuk menerokai dunia pendidikan khas dengan lebih luas lagi.

Deduksinya, program aktiviti Tamu Sains Matematik ini tidak hanya menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan murid bekeperluan khas, tetapi juga menjadi contoh kejayaan kerjasama di antara sekolah pendidikan khas dan institusi pendidikan tinggi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN