26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sekolah Menengah Advent Sabah Tamparuli terima sumbangan daripada Jahid Jahim.

TERIMA KASIH …. Alben (empat kiri) menerima sumbangan daripada Jahid (tiga kanan) sambil disaksikan kakitangan sekolah dan pemimpin lain.

TAMPARULI: Sekolah Menengah Advent Sabah (SASS) Tamparuli menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli bagi membeli keperluan sekolah yang menempatkan seramai 51 pelajar asrama yang dikuarantin.

Sumbangan tersebut diterima oleh Pengetua SASS Tamparuli, Alben Rotop di kafeteria sekolah itu pada Khamis.

Menurut Alben, atas nasihat dan arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mencegah penularan Covid 19, sekolah itu terpaksa ditutup bermula 17 Februari 2022 hingga 23 Februari 2022.

“Atas keselamatan pelajar serta kakitangan di sini, dan bagi memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), kita telah mengarahkan para pelajar untuk menjalani kuarantin kendiri di asrama sekolah,” katanya.

Justeru, katanya, sumbangan ikhlas Jahid itu sangatlah bermakna bagi menampung keperluan khusus seramai 51 pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut.

Turut hadir Setiausaha Eksekutif MAUM (Malaysia Adventist Union Mission), Pr Nelson G Bendah, dan dua orang tenaga pengajar, Arviana Modoldop, dan Haslina Pantau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN