26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SEKOLAH DAN PIBG PERLU KERJASAMA DAN MUAFAKAT: MUHASIP

Muhasip ketika merasmikan majlis tersebut

RANAU: Kerjasama dan muafakat erat antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) amat diperlukan bagi memastikan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan terus maju dan cemerlang. Pengelolaan sesuatu majlis atau program juga tidak dapat dilaksanakan dengan cemerlang tanpa semangat kerjasama dan permuafakatan dengan pelbagai pihak.

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan dengan tujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru. Permuafakatan ini bukan sahaja penting untuk ibu bapa dan guru tetapi mustahak untuk pelajar-pelajar di sekolah tersebut kerana dengan bantuan PIBG, pelbagai aktiviti dan kebajikan pihak sekolah terjamin.

Justeru itu semua ibu bapa harus memberikan sokongan padu terhadap usaha murni pihak sekolah, khususnya dalam membantu anak-anak. Dengan penggemblengan tenaga dan sokongan daripada ibu bapa kepada pihak sekolah akan menyemarakkan budaya permuafakatan yang sedia ada sekaligus melahirkan generasi yang berwibawa dan berjaya dalam pelbagai.

Sebahagian yang hadir pada majlis tersebut

Sementara itu mengadakan majlis khas bagi memberi pengiktirafan, ganjaran dan doa kesyukuran kepada para pelajar yang berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi merupakan suatu usaha terbaik dan memberi makna yang sangat mendalam di hati sanubari para pelajar. Dengan sendirinya ianya akan membangkitkan semangat mereka untuk belajar lebih tekun lagi.

Demikian antara ucapan Ketua Daerah, OKK Muhasip Haji Ruman ketika merasmikan Majlis Kesyukuran & Doa Selamat dan Pelancaran Program PINTOD 3.99 di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Timbua, baru-baru ini.

“Selaku Ketua Daerah saya amat berbangga dengan usaha dan kerjasama yang dilakukan oleh pihak sekolah dan PIBG selama ini sehingga menjadikan SMK. Timbua antara sekolah luar bandar yang telah menunjukan lonjakan dalam peperiksaan SPM 2021,” jelas Muhasip.

“Saya melihat Tuan Pengetua, Marcus Sapie sering melaksanakan program-program motivasi bagi memastikan semua pelajar SMK Timbua mendapat pelajaran yang berkualiti dan sama rata. Usaha yang dilaksanakan oleh beliau sangat memberi kesan positif terhadap keputusan peperiksaan SPM 2021. Kejayaan ini bukan sahaja dibanggai oleh masyarakat di sini malah Pejabat Pendidikan Daerah dan para pemimpin politik. Kita bersyukur program yang diusahakan selama ini terbukti berhasil. Sebagai menyokong program kecemerlangan akademik SMK Timbua, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Negeri Sabah, ADUN N.37 Karanaan berbesar hati meluluskan peruntukan sebanyak 10k kepada PIBG SMK Timbua Ranau,”ujar Muhasip.

Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Vincent Sabin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN