25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran.

API MARAK… keadaan rumah separuh kekal yang terbakar di Kg.Kigiok pada petang Selasa.

RANAU, 16 Febuari: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Kigiok, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba & Penyelamat (KBBP)  Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 04.02 petang menerusi talian MERS.

Sejurus menerima panggilan, dua buah jentera, Fire Rescue Team (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah kereta pacuan empat roda bersama enam anggota bomba diketuai KB Ridwan bergegas ke lokasi kejadian.

Kelihatan anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran

“Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi dari jarak 9 kilometer daripada BBP Ranau, didapati sebuah rumah separuh kekal telah terbakar 80 peratus.

“Pasukan bomba bertindak mengawal dan memadam kebakaran dengan membentang gelung hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air dari jentera dan bantuan air dari pili bomba sejauh 300 kaki,” katanya kepada wartawan Borneo Daily Bulletin hari ini.

Katanya, operasi memadam api turut dibantu penduduk kampung. Operasi terkawal pada 04.30 petang dan tamat sepenuhnya pada 06.06 petang.

Menurut Ridwan,Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN