30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kg.Kilimu

RANAU: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kilimu, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taip, berkata kejadian berlaku sekitar jam 7.40 pagi.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau telah menerima panggilan kecemasan 7.56 pagi menerusi talian MERS999.

“Seramai sembilan anggota bomba bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi memadam dan menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak 6 Kilometer daripada BBP Ranau, anggota bomba mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 97 peratus,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan satu aliran dengan dua pancutan daripada tangki air jentera.

“Pasukan bomba dapat mengawal kebakaran kurang daripada satu jam dan operasi ditamatkan selepas semua lokasi kejadian betul-betul selamat,” katanya kepada media.

Katanya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut. Punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN