32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SEBANYAK 16 PASUKAN BERENTAP DI PUSINGAN KEDUA KPL2022.

Datuk Robert ketika menyampaikan sijil penghargaan kejohanan kepada antara 32 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

KENINGAU:Sebanyak 16 pasukan layak ke peringkat pusingan kedua Kejohanan Keningau Premier League 2022 (KPL2022) Piala Yang Berhormat Datuk Robert Tawik selepas melalui perlawanan pusingan pertama yang disertai sebanyak 32 pasukan.

Pasukan yang layak ialah Bunga Raya FC, BSC, Kabangawong FC, Sundamai FC, DB FC, The Titan FC, Pensiangan United FC, Apin-Apin FC, TR FC, Sumaki FC, Kampung Enam FC, Aprisma FC, MDK FC, Kalawon United FC, Sunflower FC dan K3D FC.

16 pasukan ini akan berentap pada 16 Julai ini dimana pasukan Bunga Raya FC akan bertemu BSC, Kabangawong FC bertemu Sundamai FC, DB FC bertemu The Titan FC, Pensiangan United FC bertemu Apin-Apin FC, TR FC bertemu Sumaki FC, Kampung Enam FC bertemu Aprisma FC, MDK FC bertemu Kalawon United FC dan Sunflower FC akan bertemu K3D FC.

Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga Penaung Persatuan Bolasepak Daerah Keningau (Keningau FA), Datuk Robert Tawik mengucapkan tahniah kepada pasukan yang layak ke pusingan kedua dan berterima kasih kepada pasukan yang tidak layak ke peringkat seterusnya kerana mengambil komitmen menyertai kejohanan ini.

Datuk Robert ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada antara penaja pada majlis itu.

Beliau berharap melalui kejohanan ini akan dapat mematangkan pasukan masing-masing sama ada daripada pengurusan, kejurulatihan dan permainan.

“Diharapkan juga ianya diambil sebagai batu loncatan untuk meningkatkan prestasi pasukan yang menyertai dari pelbagai segi, bagi menghadapi perlawanan-perlawanan yang akan disertai pada masa akan datang khususnya di peringkat yang lebih tinggi.

“Disebabkan situasi perlawanan selepas ini akan lebih sengit, saya berharap juga kepada pasukan dan pemain yang akan bertanding selepas ini, serta kepada penyokong-penyokong pasukan agar terus mengamalkan semangat kesukanan, semangat keharmonian dan menjauhi daripada perkara-perkara yang tidak baik berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Apresiasi Keningau Premier League 2022 Piala Yang Berhormat Datuk Robert Tawik yang diadakan di sini pada malam Ahad.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada penaja-penaja yang membantu merealisasikan kejohanan tersebut.

Hadir sama pada majlis ini Presiden Keningau FA, Rafie Robert.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN