29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Saudara baru terima sumbangan daripada jemaah Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor

Haji Yazid (dua dari kanan)menyampaikan sumbangan kepada Mohd Hafiz.

KENINGAU:Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor yang juga Ketua Biro Agama Islam DUN N.40 Bingkor  Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles menyampaikan sumbangan kepada saudara baru Mohd Hafiz Abdullah @ Robin Micheal dan isterinya Somizumi Hamilton Joseph dari Kampung Antolob Bingkor yang telah memeluk Agama Islam.

Suami isteri itu  melafazkan dua kalimat sahada dihadapan Imam Raffee Hamidun bertempat di Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor. 

Sumbangan tersebut adalah daripada jemaah Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor dan Haji Yazid sendiri.

Turut hadir Imam Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Juslin Ibrahim,  Setiausaha Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Kamaruddin Said dan beberapa orang AJK Masjid.

Sementara itu Mohd Hafiz @ Robin Micheal Abdullah bersama isteri Puan Somizumi Hamilton Joseph dan anak-anak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jemaah Masjid Nurhidayah Bingkor dan Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Haji Yazid atas sumbangan ikhlas yang telah diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Semoga kalian dan seluruh keluarga kalian sentiasa diberikan kesihatan dimurahkan rezeki” doa Mohd Hafiz.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN