25 C
Kota Kinabalu
Khamis, November 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SATU CERITA PERJUANGAN MENDAPAT GERAN TANAH DI KG.LOKOS

Nukilan: Wilfred Madius Tangau

SETIAP kali saya berucap dalam majlis-majlis rasmi di kampung-kampung saya sedar dengan minat anak-anak muda sekarang yang mungkin tidak sama dengan minta golongan yang berumur empat puluhan tentang isu-isu berkaitan dengan hal kemasyarakatan seperti hak tanah adat, hal-hal kebudayaan dan sebaginya.

Pada saya elok sangat anak-anak muda ambil peduli dan prihatin tentang isu-isu mengenai tanah adat yang telah banyak berbakti kepada kehidupan orang-orang kampung khusunya masyarakat luar bandar.

Sebab itu pada ketika saya hadir merasmikan Dialog Penyelesaian Penyukatan Tanah Tertunggak di Kg. Lokos pada 10 Jun 2025 ingatan saya bukan saja terhadap detik-detik perjuangan mengeluarkan geran tanah di Kg. Lokos tetapi juga persoalan apakah anak-anak muda sekarang minat dalam isu-isu kemasyarakatan seperti isu tanah.

Isu tanah dimasukkan Lokos, bermula apabila kerajaan memperkenalkan pembangunan tanah di Lokos bermula Sekitar tahun ? melalui Lembaga Tabung Getah atau Rubber Fund Board (RFB) kini dikenali sebagai Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang memperkenalkan penanaman kopi.

Setiap keluarga dibantu oleh RFB dengan benih kopi dan diberi tunjuk ajar cara-cara penanaman kopi.

Diantara isu berbangkit ketika itu ialah hal pemberian subsidi sebab penduduk kampung tidak memiliki geran tanah.

Pendek cerita penanaman kopi tidak berjaya atas sebab beberapa faktor.

Selepas beberapa tahun RFB datang lagi untuk memperkenalkan penanaman getah.

Pada kali ini penanaman getah lebih berjaya khusunya memberi pendapatan kepada penduduk kampung.

Namun sekali lagi isu pemilikkan geran tanah berbangkit apabila hal subsidi yang diberikan berasaskan keluasan tanah yang bergeran sahaja.

Pada ketika itulah kesedaran tentang kepentingan geran tanah meningkat.

Selaku anak Lokos dan atas jawatan saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri (INDEP) Sabah, sekitar tahun 1998 saya telah menjemput YAB Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Bernard Dompok untuk melawat dan merasmikan satu acara Majlis Dailog dan Penyerahan borang-borang Permohonan Tanah (PT) yang di adakan di Balai Muhibah Lokos sebagai satu usaha dan Perjuangan agar penduduk Lokos memiliki geran tanah mereka.

Setiap keluarga telah kita bekalkan dengan borang-borang permohonan tanah.

Tan Sri Bernard Dompok datang dengan diringi oleh Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan termasuklah Pegawai Daerah Tuaran.

Saya masih ingat lagi borang-borang permohonan tanah dimasukkan dalam Wakid dan kita serahkan kepada beliau yang kemudiannya dibawa oleh Pegawai Daerah Tuaran untuk di proses.

Tidak lama kemudian maka mulalah penduduk menerima surat dukacita daripada Jabatan tanah mengatakan bahawa “tanah ini ceremony berbatu lebih daripada 25 darjah kecerunanoleh itu tidak sesuai untuk pertanian.

Ramai penduduk kampung yang terkilan kerana tanah yang dikatakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) sebagai tidka sesuai untuk pertanian sudahpun mengeluarkan hasil pertanian yang mereka tanam.

Maka timbul lah kemarahan penduduk kampung sehingga ada yang memberi komen “bodoh juga ini kerajaan diurang bilang tidak sesuai untuk pertanian tapi tanah saya sudah mengeluarkan hasil seperti getah dan pelbagai bahan makanan.”

Namun keputusan itu berasaskan kepada Dasar Pertanian Kerajaan yang berkuatkuasa sehingga kini yang mengatakan tanah yang berkecerunan lebih 25 darjah tidak sesuai untuk pertanian.

Akibat daripada Dasar tersebut maka gagallah usaha kita untuk mempastikan penduduk kampung memiliki seeping geran tanah.

Usaha seterusnya ialah setelah saya di pilih sebagai Ahli Parlimen Tuaran pada November 1999, dan secara kebetulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu berada dalam pembangkang maka saya menubuhkan Unit Perkhidmatan Tanah di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran.

Melalui Unit ini saya melantik seorang Pegawai Khas untuk membantu rakyat yang bermasalah dengan pemilikan geran tanah.

Pada ketika itu dalam satu Mesyuarat Land Utilization Committee (LUC) Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur membuat kenyataan bahawa, tanah-tanah adat yang di milik penduduk kampung boleh dikeluarkan geran melalui satu proses Bicara seperti yang termaktub dalam Seksyen ? Ordinan Tanah Sabah ?.

Walaubagimanapun prosesnya terlalu panjang kerana pemilih hak tanah adatperlu membuat tuntutan berasaskan dengan bukti-bukti seperti yang di kehendak Seksyen ? Ordinan Tanah.

Oleh itu kata itu Pengarah, kita boleh buat satu Pelan Terancang Tanah (PTT) di setaip kampung dan apabila Pelan Terancang Tanah tersebut di luluskan oleh pihak berkuasa maka setakat tanah di dalamnya akan diluluskan dengan serta merta.

Kenyataan Pengarah tersebut telah memberi inspirasi kepada saya untuk memulakan satu Program disetiap kampung untuk membuat Pelan Terancang Tanah dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran membantu menyediakan borang-borang Permohonan Tanah supaya apabila PTT lulus maka lukuslah juga PT orang-orang kampung.

Maka banyaklah kampung yang telah menghantar PTT berserta dengan PT melalui bantuan daripada Pusat Khidmat Parlimen Tuaran.

Sementara itu kami di INDEP juga berusaha untuk Mencari Jalan bagimana mengatasi Dasar 25 Darjah Kecerunan yang telah menghantui pemikkan geran tanah penduduk luar bandar.

Antaranya ialah penganjuran Simposium Pembangunan Anak Negeri yang kami anjurkan dengan kerjasama Dayak Graduate Association daripada Sarawak dan di naungi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok.

Simposum tersebut telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Simposum tersebut telah merumuskan beberapa usul termasuklah Hal Ekonomi, Pendidikan, Kebudyaan Orang-orang Asal ataupun Anak Negeri yang akhirnya membawa kepada penubuhan Unit Bumiputera Minoriti di Jabatan Perdana Menteri.

Melalui Unit Bumiputera Minoriti ini maka lahir lah Program Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan untuk pengeluran geran tanah sebanyak RM20 Juta untuk Sabah dan RM20 Juta Sarawak yang akhirnya melahirkan Program Jabatan tanah dan Ukur (JTU) apa yang di panggil sebagai Perkhidmatan Tanah Adat Anaj Negeri Sabah (PANTAS).

Selebihnya adalah sejarah dimana pada hari ini, melalui Program PANTAS diantara tahun 2011 sehingga tahun 2025, telah menberi manafaat kepada 84, 614 pemilik tanah hak tanah adat di seluruh Sabah dengan keluasan keseluruhan seluas 484,025.451 ekar.

Di Lokos sebanyak 2,141 Lot berjaya di sukat dengan 1,244 geran tanah sudah diserahkan kepada pemilik. Namun daripada jumlah tersebut sebanyak 897 yang bermasalah dan tertunggak atas pelbagai sebab termasuklah sudah di sukat tetapi tidak ada PT, sudah di sukat tetapi penyukatan tidak close dan sebaginya.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran di bawa pimpinan saya sangat prihatin dalam hal ini lalu kita mengambil pelbagai inisiatif mengadakan perbincangan dengan Penolong Pemungut Hasil Tanah’s (PPHT) dan juga JTU.

Unit PANTAS Ibu Pejabat JTU serta JTU Tuaran dan juga PPHT Tuaran turun Padang mengadakan Dailog di Lokis dan seterusnya membantu di lapangan selama tiga Hari untuk menyelesaikan lebih 800 Lot yang bermasalah.

Selepas Lokos, Team yang sama akan ke Tin ng Simpodon dan Tiong Ratau dan Akhir sekali Kg. Nulu, Kiulu.

Setelah lebih 30 tahun berjuang, malah sebelum saya di pilih sebagai Ahli Parlimen, perjuangan membela Orang-orang Asal untuk mendapat geran sudah bermula. Perjuangan ini tanpa noktah sebab Masih banyak lagi kampung yang memerlukan pembelaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN