Ghani menyerahkan tali bot kepada Philip.
NABAWAN:Sasaran sebanyak lebih kurang 11,000 Ketua Isi Rumah (KIR) penerima bantuan bakul makanan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)N. 46 Nabawan kini hampir tercapai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamed Yassin berkata, sasaran itu membabitkan penerima yang berdaftar dalam senarai e-kasih, B40 dan mereka yang dikuarantin di rumah.
Katanya, setakat ini sebanyak 10,089 bakul makanan disediakan oleh Kerajaan Negeri dan pengagihannya kini selasai lebih 90 peratus.
“Bagi fasa pertama sebanyak 4,207 bakul makanan termasuk 800 yang telah disediakan oleh pejabat ADUN telah diagih-agihkan dan disusuli oleh agihan fasa kedua sebanyak 5,882” katanya selepas menyerahkan bantuan bakul makanan dan bot Mahkamah Anak Negeri Mukim Pagalungan/Mukim Pensiangan dan UPPM N.42 Nabawan di Daerah Kecil Pagalungan hari ini.
Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Roger Appolonius, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Nabawan Deckson Andipai dan Ketua Daerah Kecil Pagalungan Philip Antugi.
Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)berkata, sekiranya ada yang tercicir dari menerima bantuan bakul makanan tersebut kerajaan akan memastikan mereka juga akan menerimanya.
Sehubungan dengan itu katanya, pemimpin-pemimpin diperingkat akar umbi perlu mengenal pasti KIR yang belum menerima.
Pada masa sama Ghani turut menyampaikan beg sekolah dan alat tulis kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Logongon yang diterima oleh Guru Besarnya Anis Pangias.
Ghani menyerahkan tali bot kepada Philip.
Terdahulu Ghani meninjau Sekatan Jalan Raya (SJR Sinsingon dan kerja penyelenggaraan jalan Sepulut – Agis
serta menyerahkan bantuan barang makanan dan minuman kepada petugas frontliners di sekatan itu kemudian menyerahkan bantuan bakul makanan di Kampung Salong.
Beliau juga meninjau Sekatan Jalan Sungai (SJS)di Pagalungan dan menyerahkan bantuan kepada petugas frontliners.
Pada sebelah petang Ghani dan rombongan menziarahi Ahli Jawatankuasa Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)Libang Ambului yang kurang sihat di rumahnya di Kampung Lima Nabawan.
Kemudian beliau melawat keadaan infra di kawasan perumahan Kampung Lumintak dan pengumpulan bantuan bakul makanan di Dewan serbaguna Nabawan.