26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Saranan penjaja kepada MDR.

Gambar atas sekadar hiasan


RANAU: Para penjaja menyarankan kepada Majlis Daerah Ranau (MDR), supaya Tapak Tamu Mingguan Sabtu yang dipindahkan buat sementara ke Tapak tamu Bulanan daerah ini (1 Haribulan) dijadikan sebagai tapak kekal
memandangkan keluasan yang sesuai.

Ramai penjaja sayur-sayuran segar tanah tinggi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memindahkan Tapak Tamu Mingguan Sabtu meskipun bertaraf sementara sehingga Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berikutan penularan wabak Covid-19 yang dijangka berakhir 31 Ogos 2020.



“Kami berterima kasih kepada MDR kerana memindahkan Tapak Tamu setiap sabtu di sini walaupun bersifat sementara.

“Dengan pemindahan Tapak Tamu Sabtu, memberi ruang kepada para penjaja tempatan mempamir dan menjual produk pertanian di tapak ini yang bukan sahaja luas tetapi juga tapak meletak kenderaan yang lebih sesuai berbanding
di tapak asal, berhadapan dengan Pasar Besar Terbuka Pekan Ranau, yang terpaksa sebahagian jalan ditutup sementara bagi memberi ruang penjaja untuk menjual hasilan pertanian mereka”, jelas salah seorang penjaja anak
benih pokok bunga hidup dan sayuran segar tanah tinggi Kundasang, Gapini Binti mogigi.



Sementara itu, Pegawai Eksekutif MDR, Jaiping Minsu menyeru para penjaja dan pengunjung ke Tapak Tamu Mingguan Sabtu itu mengharapkan agar memberi kerjasama untuk menjaga kebersihan Tapak Tamu Mingguan tersebut  demi kebaikan bersama.

“Orang ramai juga harus mematuhi SOP yang dikuatkuasakan kerajaan untuk
memutuskan rantaian Covid-19, memandangkan kita masih dalam situasi mengekang penularan wabak itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN