31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SAPP buat laporan polis terhadap audio rasis dan menghasut.

Oleh : ADUKA JASNIN SUMAN

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Selasa membuat laporan di Balai Polis Karmunsing berhubung beberapa rakaman audio mesej yang bersifat perkauman dan menghasut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan parti itu selepas laporan dibuat, rakaman audio berkenaan tular sejak beberapa hari menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut jurucakapnya, Datu Shuaib Mutalib, Naib Presiden SAPP, rakaman audio mesej itu dipercayai suara seorang lelaki menggunakan bahasa Melayu dengan loghat asing.

“Mesej suara itu mengejek status asli Kadazan, Dusun, Rungus (KDR) sebagai orang asli Sabah selain mencabar kedudukan kaum etnik Cina dan kaum lain di Sabah.

“Mesej itu juga menjadi ancaman keselamatan kepada Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee kerana mesej itu menyebut nama beliau beberapa kali dengan nada memusuhi.

“Kami mengemukakan laporan ini supaya polis dapat menyiasat dan membawa pelakunya ke muka pengadilan,” tegasnya.

Naib Presiden (pusat) Datu Shuaib Bin Mutalib (tengah), Chin Vui Kai, Ketua Penerangan ( kiri) dan Etor Masambal, Pegawai SAPP (kanan).

Menurut Shuaib, untuk membantu siasatan, pihaknya juga telah memberikan pemacu pena (pen drive) yang mengandungi mesej suara dan transkrip mesej kepada polis.

“Sekiranya suara itu adalah milik asing atau pendatang tanpa izin, maka ia adalah satu trend yang sangat membimbangkan bahawa pendatang tanpa izin telah menjadi berani dan berani untuk mencabar bangsa asli dan lain-lain di Sabah,” kata Shuib.-TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN