Gambar sekadar hiasan
RANAU: Akibat tidak menerima vaksin seorang gadis suku kaum Rungus salah sebuah kampung di Kota Marudu sanggup putus tunangannya dengan jejaka pilihan keluarga.
Mereka yang enggan nama sebenar disiarkan, dikatakan saling mencintai selepas menamatkan kursus di UMS dua tahun lalu namun menemui kebuntuan apabila si lelaki enggan menerima vaksinasi untuk mengekang jangkitan Covid-19.
“Ekoran kegagalannya untuk mematuhi arahan kerajaan menerima vaksin, maka saya mulai tawar hati intuk.menerimanya sebagai teman sejati”, jelas gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ema.
Menurutnya, sejak penolakan saya itu, dia terus menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi lagi hingga sekarang kerana nombor telefon bimbitnyapun sudah ditukar.
“Menerusi luahan hati saya ini diharap dapat dia memahami dan mengerti dengan sedalam-dalamnya demi kebaikan kedua-dua pihak keluarga, diri kami sendiri dan seluruh kemuniti di kampung kami agar tidak dijangkiti Covid-19 kalau sudah semua menerima vaksin seperti yang diarahkan pihak kerajaan”, jelas Ema.
Menurutnya lagi, pihaknya akan menerima semula kehadiran teman lelakinya itu jika setuju untuk menerima vaksin dua dos lengkap dalam masa terdekat.
“Jika tidak, pihak keluarga saya punyai hak membuat pilihan sama ada saya boleh menerima ‘Boy Friend’ saya itu atau sebaliknya”, tambah Erma ketika ditemui di Pekan Ranau dalam perjalanan rentas daerah ke daerah Telupid pagi tadi (10 Oktober).