29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Ulang Tahun Ke-20, Perabot Liang tawar hadiah bertuah RM100 ribu, sebuah kereta Axia.

Chin (empat kiri) dan Ramlee ( empat kanan) bersama sebahagian kakitangan Premis Perabut Liang Ranau.

RANAU: Premis Perabot Liang Sdn.Bhd, di sini akan mengadakan Sambutan Ulang Tahunnya yang ke-20 pada 8 Januari di  premisnya di Simpang Marakau terletak  1 kilometer dari pekan Ranau.

Pemiliknya, Chin Yun Hing memberitahu, Perabot Liang yang memulakan operasi perniagaannya  pada 1 November 2002 dan merupakan cawangan pertama di Ranau selain yang ada di  beberapa buah  daerah lain di  Sabah.

Menurut Chin cawangan lain ialah di Tambunan,   telah beroperasi sebelum Perabot Liang di Ranau.

“Kedai Perabot di sini yang dibantu oleh 17 orang pekerja tempatan, banyak menjual pelbagai peralatan barangan berkualiti seperti meja tulis, katil, tilam almari kain, meja makan, kerusi,  barangan letrik , Sofa dan banyak lagi dengan harganya yang berpatutan.

“Majlis pada 8 Januari bakal dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah,  yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir  bakal diserikan dengan Cabutan Tiket Bertuah bernilai  RM100 ribu termasuk sebuah kereta jenis Axia yang berharga RM37 ribu dan  beberapa   barangan  lain seperti motosikal, peti sejuk, Televisyen dan banyak lagi.

Chin ketika ditemui turut mendedahkan objektif program itu juga sebagai menghargai sokongan pelanggan selama ini, memberi sumbangan   yang dianggarkan berjumlah RM5,000 kepada Tiga Badan NGO dan sekolah terpilih serta Penganugerahan  Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan Premis Perabut Liang.

Beliau yang diiringi Pengurus  Perabut Liang, Ramlee Bin Rasim, menjemput orang ramai yang tinggal di sekitar pekan Ranau dan penduduk kampung-kampung berhampiran supaya hadir bagi memeriahkan suasana majlis tersebut.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN