Sebahagian Jawatankuasa pelaksana Pesta zkaamatan Ranau merakam gambar bersama Syahrin (duduk tiga kanan) dan ADO Ranau, Florencia padasian (duduk tiga kiri).
RANAU: Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah ini pada 1Mei depan bermula 7.30 pagi akan dilaksanakan dengan penuh amalan SOP ketat, kata Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa induk penganjur pesta itu, Sharin bin Samsir.
Menurutnya, pihak penganjur telah menghadkan jumlah kehadiran kepada 500 orang sahaja termasuk jawatankuasa penganjur dengan pematuhan SOP yang ketat termasuklah mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara individu
, memakai pelitup separuh muka, membasuh tangan dengan air sabun atau sanitizer dan mengimbas suhu sebelum masuk ke dewan untuk memutuskan rantaian Covid-19.
Pelbagai acara akan diadakan sempena pesta itu yang akan di lancarkan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Penyelaras KDCA Ranau, Dr.Joachim Gunsalam dengan pelbagai pengisian utama termasuklah penyampaian anugerah Tokoh belia, Tokoh Tani, Tokoh Pesta Kaamatan 2021 dan Pemenang Unduk Ngadau peringkat daerah Ranau 2021 sebagai acara kemuncaknya.
Menurut Syahrin, tema perayaan Pesta Kaamatan tahun ini adalah ‘Kaamatan Tanpa Sempadan, Demi Perdamaian’ sedikit-sebanyak menonjolkan beberapa perubahan malah ada beberapa acara terpaksa dibatalkan berikutan pandemik Covid-19 termasuk menghadkan bilangan kehadiran orang ramai.
“Acara seperti Sugandoi Kaamatan tetap diadakan pada 30 April 2021 bermula 7.30 malam di Dewan Masyarakat Ranau dengan menghadkan kehadiran orang ramai”, jelas Syahrin ketika mempengerusikan mesyuarat kali ke-2 Jawatankuasa pelaksana di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Ranau baru-baru ini.
Syahrin memaklumkan, acara Magavau juga dibuat secara On Air kecuali simbolik menuai padi dan paluan gong persmian akan diadakan di atas pentas dewan.