ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Maal Hijrah adalah hari yang terpenting dalam Islam: Robert Tawik

Haji Yazid menerima cenderakenangan daripada Pengerusi JPKK Kampung Kirokit Baru Ustaz Salleh Haji Rasimin.

KENINGAU:Sambutan Maal Hijrah adalah hari yang terpenting dalam Islam kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Katanya, Maal Hijrah merupakan peristiwa yang amat penting bagi umat Islam kerana ia mempunyai sejarah yang tersendiri dalam Islam.

“Oleh itu, selain mengambil iktibar disebalik peristiwa Hijrah marilah kita menggunakan kesempatan ini dengan memasang azam dan iltizam untuk berusaha lebih kuat di tahun baru Hijrah ini” katanya dalam ucapan sambutan Maal Hijrah Peringkat Kariah Majid Al-Huda Kampung Kirokot Baru dekat sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Biro Agama Islam N.40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles yang juga Ahli Majlis Daerah Keningau.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, umat Islam perlu sedaya upaya merealisasikan kejayaan dan kecemerlangan dalam semua bidang demi kebaikan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

“Dalam pada itu juga, kita umat Islam perlu menghayati Maal Hujrah dan jangan leka untuk mematuhi segala tuntutan agama. Ini kerana Islam menghendaki kita berhijrah mencari kebaikan dan mencipta kejayaan hingga ke akhir hayat” katanya.

Pada masa sama Robert menyeru umat Islam di kawasan ini agar sentiasa muhasabah diri untuk mencari kekuatan dan kelemahan diri dan bukannya hanya suka serta nampak kesalahan dan kelemahan orang lain.

Hadir sama Pengerusi Masjid Al-Huda Sahirin Sotimin yang juga Pengerusi Penganjur, Pengerusi JPKK Kampung Kirokot Baru Ustaz Salleh Haji Rasimin dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN