30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Maal Hijrah 1444H peringkat Labuan disambut sederhana

.DOA….. Bashir (dua dari kiri) bersama Rozman (tiga dari kanan), Haji Rithuan  (kanan sekali), Dr. Rizal (dua kanan) dan Mohd Alias (kiri sekali)  mengaminkan doa akhir tahun  1443H sempena Majlis sambutan Maal Hijrah 1444H di masjid Jamek An-Nur.

LABUAN:Sambutan Maal Hijrah 1444H peringkat Wilayah Persekutuan Labuan disambut secara sederhana  dengan dihadiri hampir 300 umat Islam.

Majlis yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah diadakan di Masjid Jamek An-Nur,  pada Jumaat.

Majlis bertemakan  ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”  dimulakan dengan majlis   bacaan doa akhir tahun  1443H  dan doa awal tahun 1444H, serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Jamek An-Nur, Ustaz Nur Mahadi Baharum.

Antara pengisian lain ialah ceramah khas  Maal Hijrah bertajuk ‘Hijrah Menuju Syurga’ yang disampaikan oleh  Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ustaz Haji Jamli Mohd Adnan.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengerusi Jawatankuasa Masjid An-Nur, Dato’ Seri Mohd Alias Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail,  Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Abd. Hamid, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, Ismaidi Ismail.

Majlis  Sambutan Maal Hijrah 1444H diadakan bagi memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar disampin mengeratkan ukhuwah islamiah antara masyarakat Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN