27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Krismas, Tahun Baharu Kelab 3HJ dirai sederhana namun meriah.

Rombongan Kelab 3HJ merakam gambar kenangan bersama rombongan daripada Pejabat Parlimen Ranau.

RANAU: Kelab  Hidup,Harapan, Hidayah dan Jariah  (3HJ) di sini,  telah mengadakan majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu  di bangunan Kelab 3HJ Tomporog Lohan 8 kilometer  dari pekan di sini baru-baru ini.

Sambutan Hari Krismas pada tahun ini diraikan  secara sederhana namun cukup meriah dan mengamalkan norma baharu bagi mengangkang penularan
wabak civid 19.

Sambutan tersebut mengekalkan objektif semangat muhibah dan memupuk perpaduan serta permuafakatan dikalangan ahlinya.

Sambutan krismas telah dihadiri rombongan para Pegawai Perhubungan  dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau bagi mewakili Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Majlis tersebut bermula dengan Doa Selamat akhir tahun dan awal tahun dengan pelbagai pengisian menarik termasuklah bertukar-tukar hadiah, cebutan tikit bertuah dan Potong Kek  sambutan hari ulang tahun 3HJ.

Dalam ucapan Julubin Harun dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau  mewakili Datuk Jonathan dalam ucapannya memuji Kelab 3HJ kerana  berjaya mengadakan berbagai aktivitinya sepanjang tahun 2021 walau pun dalam keadaan norma baharu.

Beliau menyarankan agar kelab 3HJ di bawah pimpinan Presidennya,  Maharin Bin Mahali supaya terus aktif dengan semangat kebersamaan dikalangan ahli  untuk terus ke depan menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang termampu  di seluruh Sabah.

Terdahulu Maharin dalam ucapan aluannya  menyatakan bahawa kelab 3HJ telah menjalankan berbagai akitviti kabajikan termasuklah telah memberi sumbangan merupakan barangan makanan dan kain terpakai ke  rumah Kabajikan Kampung Makatip Tambunan dan sumbangan kain terpakai juga ke Kampung Laguhang Kota Marudu.

Panjaga rumah  kabijakan Kampung Makatip Tambunan, Sister Nora ketika ditemui, merakam setinggi penghargaan dan  terima kasih serta bersyukur kepada tuhan di atas sumbangan kelab 3HJ.

“Moga budi baik kelab ini di berkati tuhsn dengan semua ahlinya sentiasa sihat sepanjang hayat”,tambah Sister Nora.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN