Datuk Amisah (kelima kiri) bersama Datuk Faimin dan barisan AJP semasa Majlis Makan Malam PPK Kinabalu pada Jumaat
RANAU: Sambutan Jubli Emas Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu, merupakan Indekator dan ‘Penanda Aras’ usia genap 50 tahun Pertubuhan itu untuk terus maju kehadapan memberi kejayaan dan kemajuan para ahlinya dalam meningkatkan sektor pertanian, perladangan Perniagaan dan perusahaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Datuk Amisah Yasin berkata, kesabaran para ahli mengusaha dalam segala bidang yang diceburi akhirnya membuahkan hasil produk yang mampu membina kejayaan menembusi pasaran ke luar negara sekaligus memberi pulangan lumayan kepada ahli keluarga para petani.
“Dengan kesabaran, kerajinan dan ketabahan para ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu terus menempah kekayaan meskipun mendepani pelbagai cabaran merealisasikan slogan ‘Peladang Id Ginawoku’ terus mekar dihati para ahli sebagai kata motivasi menuju kejayaan”, jelas Amisah ketika berucap melancarkan sambutan Jubli Emas Pertubuhan Peladang Kinabalu di Dewan Masyarakat Ranau pada Selasa (29 Julai) akan berakhir hari ini (30 Julai).
Datuk Amisah juga menegaskan menerusi Pertubuhan Peladang mampu mewujud dan membentuk semangat ‘Keluarga Malaysia’ dikalangan ahli Peladang dan masyarakat setempat seluruhnya tanpa membezakan suku kaum, agama dan idologi politik.
Beliau memuji komitmen dan kejayaan Peladang Kawasan Kinabalu yang diterajui kepimpinan serta kejayaan melaksanakan pelancaran Jubli Emas yang di Pengerusikan Pengerusi Peladangnita, Datin Hajah Jaini Binti Majid.
“Dengan usahan gigih Hajah Jaini dengan kerjasama padu dari semua Jawatankuasanya maka sambutan ini berjaya dilancarkan dengan teratur seperti yang dirancang”, tambah Amisah.
Turut berucap mewakili Peladangnita dan Jawatankuasa penganjur ialah, Datin Hajah Jaini dihadiri ratusan ahli bersama penduduk setempat.
Sementara acara utama pada hari pertama ‘Jubli Emas’ itu ialah, Pameran dan jualan ber bagai produk, oleh ahli, Ratu Cilik, Bina Badan Kanak-Kanak Lelaki, Karaoke, Baskers, Cabutan Tiket Bertuah dan Teka Kacang, manakala pada hari ini akan dirasmikan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) merangkap Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Datuk Mohd. Nazri Abdullah akan diadakan acara ‘Ratu Ibu’ cabutan Nombor Bertuah’ menawarkan sebuah Kereta ‘Wira’ dan penyampaian Anugerah pelbagai kategori. Hadir sama ialah Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabalu, Irwan Bin Maruji.



