28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Hari Keluarga pupuk perpaduan, kukuhkan permuafakatan: Jonathan

Jonathan (tengah) bersama ahli keluarga  ‘Kindar & Gampo’.memotong kek sempena majlis tersebut.

Menurutnya, sambutan Hari Keluarga juga menjadi ruang dan peluang bagi anggota keluarga berkenal- mesra antara satu sama lain yang mungkin terpisah  mengikuti keluarga di lokasi masing-masing.

“Syabas dan tahniah kepada keluarga ini, kerana berjaya mengadakan Majlis Sambutan Hari Keluarga setiap tahun”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga ‘Kindar dan Gampo’ di Dewan Mini Kg.Kinapulidan Ranau pada Sabtu yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga berkenaan.

Menurut Datuk Jonathan lagi, Hari Keluarga  juga suatu yang amat penting bagi mengelak daripada berlaku ‘Perkahwinan’ dikalangan ahli keluarga sendiri atau yang bersaudara (bersepupu) akibat tidak diperkenalan keluarga asas mereka dari awal.

“Berlaku perkahwinan   bersepupu adalah disebabkan  kegagalan mengenali pasangan   mereka lebih awal yang mungkin terpisah jauh sejak kecil, perlu dielakan.

“Inilah perntingnya Hari Keluarga diadakan agar persaudaraan tidak terputus atau pupus ditelan zaman”, tambah Jonathan.

Turut berucap ialah Pengerusi Induk Jawatankuasa keluarga “Kindar dan Gampo’  yang juga Ketua Kampung Kg.Kinapulidan, Ismail Bin Galibin dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, yang juga Pegawai Jabatan Pertanian Ranau, Zaba Bin Awalidin.

Sementara antara acara yang telah diadakan sempena majis itu, termasuklah , Sukaneka,  Pertandingan Ratu Comel Kanak-Kanak dan Bina Badan Kanak-Kanak dari Enam   keturunan Keluarga Kindar dan Gampo’ iaitu,
Gimbuan, Bendial, Gomboyou, Kurongot,  Kundayou dan Komboni.

        

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN