25 C
Kota Kinabalu
Selasa, April 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Hari Keluarga penting untuk saling mengenali satu sama lain: Flovia

Flovia menerima cenderakenangan daripada Dr Jimmy di majlis itu


KENINGAU: Hari keluarga amat penting untuk diadakan bagi memberi peluang kepada setiap anggota keluarga untuk mengenali satu sama lain, terutama sekali yang tinggal di daerah atau negeri yang berlainan.


Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Flovia Ng sambutan Hari Keluarga juga dapat mengelakkan daripada ada antara ahli keluarga yang berkahwin antara satu sama lain.


“Selain daripada mengeratkan silaturahim di kalangan ahli keluarga besar, kita juga mahu supaya tiada ahli keluarga yang terasing daripada keastuan keluarga besar kita.


“Amalan sebegini sebenarnya ada banyak kebaikannya di mana salah satunya ialah ia dapat mengelakkan daripada saudara yang mempunyai kaitan keluarga yang dekat berpasangan antara satu sama lain tanpa mengetahui mereka ada kaitan saudara,” kata beliau.


Di samping itu, tambahnya, sambutan hari keluarga juga memberi peluang kepada generasi muda dalam keluarga mengenang jerih payah dan pengorbanan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka yang membolehkan keluarga itu berkembang sehingga hari ini.


Flovia yang juga Adun N41 Tulid dan Ketua Exco Wiranita Parti StarSabah berkata demikian semasa mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Pertanain, Perikanan dan Makanan Sabah (MAFFI), Ahli Parlimen P180 Keningau dan Adun N39 Tambunan, yang juga Presiden Parti StarSabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan bagi merasmikan Majlis Hari Perjumpaan Keluarga Tham yang diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini.


“Syukur kepada Tuhan diatas peluang yang kita nikmati pada majlis yang indah ini, iaitu berkumpul bersama-sama.


“Sesungguhnya saat seperti ini adalah amat berharga dimana kita semua satu keluarga besar boleh berkumpul dalam satu majlis untuk bersatu hati, bergembira dan beramah mesra antara satu sama lain,” kata beliau.

Flovia, Dr Jimmy, para tetamu khas bergambar bersama para ahli Keluarga Tham dalam majlis itu


Sementara itu, Penyelaras Majlis Hari Perjumpaan Keluarga Tham, Datuk Kapitan Dr Jimmy Tham berkata majlis tersebut akan disusuli dengan satu lagi majlis iaitu sambutan perayaan tradisi nenek moyang keluarga itu iaitu perayaan Ching Ming Festival.


“Pada keesokan hari, tidak kira tua atau muda kita bersama-sama ke tapak perkuburan nenek moyang kita untuk aktiviti membersihkan kubur nenek moyang dan mengadakan upacara sembahyang mengikut adat istiadat kepercayaan masing- masing.


“Mari kita selami initipati sebenar perayaan ini disambut, iaitu untuk mengenang jasa dan memberi peghargaan kepada nenek moyang kita yang telah banyak berjasa untuk memastikan kesinambungan generasi keluarga Tham.


“Supaya keluarga kita punyai panduan hidup yang jelas dan dapat menjalani kehidupan yang sentiasa berkecukupan dari segala aspek dalam kehidupan,” kata beliau.


Dr Jimmy mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa penyelaras majlis diatas kejayaan dalam menganjurkan hari keluarga pada tahun ini.


“Akhir sekali, saya ingin menyeru kepada semua keluarga adik-beradik saya supaya dapat bersama-sama acara Hari Perjumpaan Keluarga yang bermakna ini sama ada dalam apa jua keadaan, dan saya yakin sepenuhnya bahawa acara ini akan menjadi acara yang berkekalan.


“Semoga Acara Seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih,” katanya dalam majlis yang turut dihadiri oleh saudara terdekat beliau Tham Nam Syn dan Tham Mee Wah.


Turut hadir, Penasihat Pertanian Malaysia Datuk Yap Yun Fook, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan TiongHua Keningau Ang Lui Meng, Ketua Daerah Keningau Romanus Joannes, CEO Hotel Juta Keningau Liew Ket Kiong, Pengerusi Penganjur Mandy Tham Chiaw Wui dan lain-lain.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN