CENDERAKENANGAN….Pengerusi Masjid Nurhidayah, Hj Mardan Dahlan menyampaikan cenderakenangan kepada Hajah Aminah diakhir majlis itu.
KUALA PENYU: Sambutan Raya Sekampung yang diadakan di Ruang Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu dekat sini baru baru ini disambut meriah.
Sambutan itu dianjurkan bersama AJK Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kg Palu-Palu, Ahli Jawatankuasa Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu, AJK Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kg.Palu-Palu dan AJK Persatuan Masyarakat Brunei Sabah(PMBS).
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Hajah Aminah Hj.Aching merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah RISDA Semaian dan Landskap Sdn.Bhd merasmikan acara yang bertujuan mengukuhkan silatulrahim dan perpaduan masyarakat itu.
Berbagai acara telah diadakan sempena sambutan itu antaranya ialah Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan, Pertandingan Bercucul, Kuiz Agama, untuk Kanak-Kanak dan Dewasa dan Cabutan Tiket Bertuah.
Seramai 60 orang kanak-kanak telah menerima duit raya dari
pihak penganjur sambutan itu.
Turut hadir bagi menjayakan Sambutan Raya pada tahun ini Ketua UMNO Bahagian Beaufort,Datuk Ag.Aslee Ag.Lakat dan AJK Pemuda dan Puteri Umno di bahagian itu.
Hadiah-hadiah kemenangan bagi mereka yang menyertai acara-acara pertandingan disampaikan oleh Hajah Aminah dan Ag.Aslee Lakat.OLEH: PUTRA IMPIAN