ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Aidilfitri Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau meriah

Annuar (tiga dari kanan), Robert (empat dari kanan) dan Sahmain ( empat dari kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir.

KENINGAU: Sambutan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau disambut meriah dengan dihadiri masyarakat pelbagai kaum di perkarangan Masjid di sini baru-baru ini.

Dianggarkan kira-kira 2000 pengunjung hadir memeriahkan majlis itu.

Majlis yang bermula pada jam 1 petang dan  berakhir jam 3 petang itu menyediakan 12 gerai makanan.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang merasai keenakan sajian, antaranya sate, laksa, soto, burasak, ayam paloko, kolupis, nasi berlauk, roti jala, sayap ayam, mee goreng special, ais krim dan minum pelbagai rasa.

Pada majlis yang sama, lebih 200 kanak-kanak menerima duit raya disampaikan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau Sahmain Hj. Hassim.

Menurut Sahmain, sambutan kali ini penuh bermakna kerana majlis ini merupakan julung-julung kali diadakan semenjak tahun 1970.

Turut hadir sama pada majlis ini ialah 

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik dan ADUN N.41 Liawan Datuk Annuar Datuk Ayub.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN