29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Salleh Said seru masyarakat Kota Belud daftar imunisasi vaksin

Gambar – Salleh menyaksikan program vaksinasi di Dewan Tun Said, Kota Belud.

Oleh:Marutin Ansiung

KOTA BELUD: Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru masyarakat setempat di daerah ini untuk terus berdaftar imunisasi vaksin.

Beliau berkata, langkah itu penting dalam memastikan hasrat komuniti kelompok di daerah itu berjaya dicapai bagi mengekang penularan Covid-19.

“Saya menyeru kepada masyarakat Kota Belud yang masih belum mendaftar untuk vaksinasi untuk berbuat demikian. 

“Langkah ini supaya kita segera mencapai imuniti kelompok dan meneruskan perjuangan kita melawan wabak Covid-19,” katanya. 

Jelas Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, keadaan semasa Covid-19 di Kota Belud masih berada dalam tahap membimbangkan. 

“Pagi tadi saya sempat singgah di Dewan Tun Said di Kota Belud untuk melihat sendiri program vaksinasi Covid-19 yang dilaksanakan di sini. 

” Saya turut sempat berbual dengan masyarakat setempat dan menasihati mereka agar segera mendapatkan vaksinasi dan tidak merasa bimbang kerana vaksinasi Covid-19 adalah selamat. 

” Saya turut mendapatkan maklumat daripada pegawai-pegawai perubatan yang terlibat tentang keadaan Covid-19 di Kota Belud, di mana kita masih lagi berada pada tahap yang membimbangkan,” katanya. 

Tambah beliau, semua pihak di daerah itu perlu meningkatkan kesedaran terutamanya kepentingan mengambil vaksin. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN