33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Saifful Pungot Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang baharu

SAIFFUL (dua kanan) bersama Mohd Rafi (dua dari kiri), Bashir (kanan sekali) dan mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan, Musa Basman pada sesi pemilihan Ketua Pemuda UMNO di Bilik Refflesia Ujana Kewangan pada Sabtu.

LABUAN:  Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan, Saifful Pungot dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang baharu sesi 2023-2026.

Saifful, 38, menewaskan   rakannya, Mohd Syukur Jiprih yang juga Ketua Cawangan UMNO Ramsye dalam pertandingan satu lawan satu bagi merebut kerusi nombor satu Pemuda UMNO Bahagian itu.

Mohd Syukur  yang turut bertanding bagi jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia  memperolehi 10 peratus daripada jumlah perwakilan yang hadir pada sesi Mesyuarat Perwakilan dan  Pemilihan Jawatankuasa  Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang diadakan di Bilik Refflesia Ujana Kewangan di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang baharu disandang oleh Isa Kilan yang  sebelum ini diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Selain Pergerakan Pemuda, turut mengadakan Mesyuarat Perwakilan dan  Pemilihan Jawatankuasa itu ialah Pergerakan Wanita dan Puteri yang  dijalankan secara berasingan di dewan  Desa Tunas Hijau.

Pada sesi pemilihan itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Labuan, Niswati Tarji berjaya mengekalkan jawatannya selepas menang tanpa bertanding. Turut menang tanpa bertanding Naib Ketuanya, Suranie  Omar.

Dalam pada itu, sayap Puteri UMNO Bahagian Labuan juga menyaksikan tidak berlaku sebarang pertandingan apabila Normiyati Jumat disahkan sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan yang baharu dan Naib Ketua Puteri disandang Nurul Syakinah Sairan.

Hadir meninjau sesi pemilihan ketiga tiga sayap UMNO itu Ketua UMNO Bahagian Labuan yang menang tanpa bertanding, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan dan Timbalannya, Datuk Bashir Alias yang juga menang tanpa bertanding.

Mohd Rafi yang ditemui media pada majlis itu, menzahirkan rasa kesyukuran kerana  Pergerakan Wanita dan Puteri tidak berlaku pertandingan bagi merebut jawatan Ketua dan Naib Ketua.

 “Walaupun ada pertandingan di peringkat Pemuda bagi jawatan Ketua Pemuda, namun kita dapat saksikan perjalanan pemilihan tersebut berjalan dengan  harmoni dan mempamerkan semangat pertandingan  satu keluarga tanpa menimbulkan perpecahan dikalangan Pemuda UMNO.

‘Ini membuktikan kesatuan di dalam UMNO  khususnya diperingkat akar umbi  menjadi keutamaan dalam memartabatkan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan nasib rakyat bukan sahaja di Labuan tetapi juga di seluruh negara” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN