26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Safie yakin Rozman berpotensi untuk menang

GAMBAR:SAFIEĀ  (dua kanan) bersama Rozman (dua kiri), Rosli (kiri sekali) dan Noor Halim, pada Program Jelajah DSSA P166 LabuanĀ 

LABUAN: Presiden Parti Warisan, Datuk SeriMohd Shafie Apdal yakin calon Warisan Bahagian Labuan, Datuk Rozman Isli berpotensi untuk menang pada PRU ke 15.

 Ini kerana, katanya Rozman merupakan calon yang berwibawa dan berpengalaman selain mempunyai sikap rendah diri yang disenangi oleh rakyat, khususnya rakyat Labuan.

ā€œSaya percaya Rozman berpotensi untuk menang kerusi Parlimen Labuan tapi kita mesti melakukan kerja kerja pilihan raya dengan bersungguh-sungguh sebab kita akan berdepan calon calon yang berpengalaman dan  tidak kurang hebatnyaā€ katanya keetika berucap pada program Jelajah DSSA P166,  di Desa Tunas Kampung Sungai Miri, pada Sabtu

Hadir sama, Timbalan Ketua Warisan Bahagian Labuan, Rosli Tamah dan  Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Parti Warisan Labuan, Noor Halim Datuk Zaini.

Pada PRU ke 15 parti Warisan akan bertanding di kesemua 26 kerusi Parlimen di Sabah termasuk satu kerusi di Labuan, selain parti yang berpangkalan di Sabah itu telah meletakkan calon  di bebeberapa kerusi Parlimen di Semenanjung.

Pada PRU ke 15, Rozman yang juga penyandang kerusi Parlimen dua penggal akan ditentang oleh lima calon lain yang terdiri daripada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Bashir Alias, calon Parikatan Nasional (PN) Datuk Suhaili Abdul Rahman, calon dari Pakatan Harapan, Datuk Wira Dr Ramli Tahir, calon Parti Bangsa Malaysia (PBM), Dayang Rusimah @ Raynie DatukĀ  Mohd Din dan seorang lagi Datuk Seri Ramly Mohd Daly dari Pejuang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN