24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SAFA BANDARAYA SOKONG PELANTIKAN BUNG MOKTAR SEBAGAI PEMANGKU PRESIDEN SAFA

Alijus dan Lokman bergambar dengan para pegawai dan jurulatih TABS selepas meninjau padang TABS,

KOTA KINABALU: Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) Bandaraya Kota Kinabalu mengalu-alukan pelantikan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai pemangku presiden SAFA yang baharu.

Presidennya, Alijus Sipil berkata, Bung Moktar sesuai untuk menerajui badan bolasepak itu dan percaya beliau mampu membawa perubahan bagi membolehkan sukan itu dapat dimajukan.

Menurut beliau, pihaknya sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pemangku presiden SAFA itu agar perancangan dan usaha-usaha yang beliau lakukan dalam persatuan boleh direalisasikan.

“Kita sentiasa memberi sokongan terhadap sebarang pembaharuan yang dilakukan yang memberi kebaikan terhadap sukan bolasepak,” katanya ketika ditemui selepas meninjau padang TABS di SUKMA di sini pagi ini.

Padang berkenaan yang merupakan salah satu venue yang digunakan untuk sesi latihan pelatih-pelatih TABS. Ia baru siap diselenggarakan dan hanya menunggu kebenaran kerajaan untuk penggunaan semula sebagai venue latihan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim.

Alijus berharap kehadiran Bung Moktar dalam persatuan itu mampu membantu meningkatkan lagi pencapaian pasukan negeri sekali gus mengembalikan semula nama Sabah dalam persada sukan bolasepak.

“Dengan kepimpinan yang baik di samping pengendalian persatuan yang berkesan akan memastikan kejayaan dan pencapaian yang cemerlang.” tegasnya.

Sementara itu, Alijus yang juga penasihat TABS berkata, padang yang siap diselenggara itu sediakan digunakan semula sebaik sahaja mendapat kebenaran kerajaan.

Katanya, program pembangunan bolasepak dibawah kendalian TABS akan diteruskan namun ketika ini masih menunggu lampu hijau kebenaran kerajaan berhubung penggunaan padang bolasepak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN