INGKAR PKP..Dua lelaki yang ditahan kerana ingkar PKP pada operasi berkenaan.
TENOM:Alasan kerana bosan duduk di rumah lalu mengadakan aktiviti sabung ayam membawa padah apabila dua lelaki tempatan masing-masing berumur 54 dan 57 tahun di daerah ini ditahan bersama 3 ekor ayam milik mereka dirampas pihak polis dalam satu serbuan di kawasan kebun pada jam 4.20 petang jumaat baru-baru ini.
Ketua Polis Tenom, Deputi Supritenden Polis (DSP) Hasan Majid, berkata, ketika serbuan yang dilakukan menyedari kehadiran polis, dianggarkan lebih kurang 10 hingga 15 orang lelaki bertempiaran lari meninggalkan kawasan itu.
DSP Hasan Majid
Tegasnya, tangkapan didapati gagal menerangkan tujuan dan sebab-sebab munasabah keberadaannya di lokasi yang mana melanggar peraturan 3 (1) Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.3) 2020 serta melakukan perbuatan cuai yang mungkin akan merebakkan jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa.
“Kedua-dua saspek kini di tahan untuk siasatan lanjut dan Kes disiasat dibawah seksyen dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11 (1) Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.3) 2020 dan Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015”.Katanya
Jelas DSP Hasan, hukuman jika disabit kesalahan bagi kesalahan dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan boleh di denda atau penjara tidak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya manakala hukuman jika disabit kesalahan di bawah Peraturan 11 (1) Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.2) 2020, boleh dihukum dengan denda tidak lebih seribu ringgit atau penjara tidak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya. TAMAT