24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah Terkenal Semangat Perpaduan Tinggi: Madius

Oleh MARRYAN RAZAN

MANGGATAL: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, Sabah adalah sebuah negeri di Malaysia yang terkenal kerana memiliki semangat perpaduan antara kaum yang tinggi.

Ewon bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada majlis itu.

Beliau berkata, ini terbukti melalui sambutan Krismas yang bukan sahaja dirayakan oleh penganut Kristian tetapi turut dihadiri dan dimeriahkan masyarakat bukan beragama Kristian.

“Pada hari ini kita masih merasa adanya ikatan kasih antara kaum yang subur dalam kehidupan harian kita. Budaya kunjung mengunjung semasa perayaan sama ada berasaskan kaum mahupun perayaan keagamaan telah menjadi elemen penting dalam hidup kita di negeri ini.

“Perayaan Krismas Manggatal 2019 adalah antara bukti bahawa ikatan kasih antara kaum di Sabah masih terpelihara. Ini kerana perayaan ini bukan sahaja dirayakan oleh penganut Kristian tetapi turut dihadiri saudara-saudara beragama lain dengan sikap hormat menghormati dan semangat muhibah,” katanya.

Ewon ketika merasmikan Sambutan Krismas Manggatal 2019.


 
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Perayaan Krismas Manggatal di Dewan Serbaguna Manggatal, di sini, pada malam Jumaat.

Teks ucapannya disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Lifred Wong, Presiden SIB Sabah Reverend Datuk Jerry Dusing, Pengerusi Majlis Gereja-gereja Manggatal (MGGM) Esther Chin, Pengerusi Majlis Gereja-Gereja Inanam (MGGI) Augustine Yong dan Pengerusi Pelaksana Perayaan Krismas Manggatal 2019 Dr. Jidon Janaun.

Ewon menerima cenderakenangan daripada pihak penganjur.

Madius berkata, sambutan perayaan Krismas dapat meningkatkan semangat perpaduan antara kaum sekaligus menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.

“Mudah-mudahan aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan semangat perpaduan antara kaum di negeri ini, tetapi dapat meningkatkan daya tarikan pelancong untuk datang di negeri kita,” katanya.

Ewon bersama-sama menyanyikan lagu Krismas.


 
Perayaan Krismas Manggatal 2019 bertemakan “Merentas Budaya” diadakan selama tiga hari bermula semalam (6 Disember) dan berakhir hari pada Ahad ini (8 Disember).

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk perarakan di empat lokasi di Pekan Manggatal yang turut mempersembahkan nanyian lagu-lagu Krismas dan peragaan pakaian tradisional tempatan dan kebangsaan serta Konsert Orkestra Krismas yang dipersembahkan oleh anggota gereja di bawah Majlis Gereja-gereja Manggatal.-TAMAT-

Antara persembahan yang menyerikan lagi majlis

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN