32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah negeri kedua terbesar dari segi keluasan tanaman sawit: Robert Tawik

Robert (tiga dari kanan memotong )sebagai tanda rasminya Pusat Timbang KPSM Apin-Apin Bingkor.

KENINGAU:Negeri Sabah adalah negeri kedua terbesar dari segi keluasan tanaman sawit yang merupakan komoditi pertanian utama negara.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, penglibatan pekebun kecil dalam penanaman sawit telah memberi manfaat dalam menjana pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khususnya dan rakyat Sabah umumnya.

Katanya, sejajar dengan usaha meningkatkan kemajuan industri sawit , kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk pekebun kecil meningkatkan produktiviti kebun dan pendapatan.

Robert yang juga ADUN Bingkor berkata, kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM)bagi menyatukan pekebun kecil untuk menjalankan penanaman sawit mengikut amalan pertanian baik (GAP).

“Penubuhan KPSM adalah langkah strategik bagi menjamin pekebun kecil terlibat dalam model ekonomi baharu termasuk melalui tumpuan penubuhan koperasi dan industri kecil dan sedarhana. Dalam hal ini, koperasi pekebun kecil boleh menjalankan perniagaan yang memberi kesan langsung kepada peningkatan pemdapatan ahli seperti jualan buah tandan segar (BTS)berkelompok dan pembelian input secara pukal” katanya semasa berucap merasmikan Pusat Timbang Koperasi Penanam Sawit Mampan Apin-Apin Bingkor Berhad baru-baru ini.

Tambahnya, koperasi juga boleh terbabit dalam perniagaan lain untuk memperkukuhkan status kewangan koperasi yang kemudian boleh diagihkan sebagai dividen kepada ahli.

Beliau berkata, pelbagai bantuan dan sokongan telah disalurkan oleh kerajaan bagi meningkatkan aktiviti koperasi dan sumbangannya kepada pembangunan pekebun kecil sawit.

Selain itu katanya, kerajaan telah memperkenalkan geran bagi pembinaan pusat timbang sebanyak RM200,000 bagi sebuah koperasi.

“Penyediaan geran ini sebagai modal untuk menampung kos penyediaan tapak, pembinaan platfom dan pembelian jambatan timbang oleh KPSM” jelasnya.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan melalui MPOB juga menyediakan Skim Pembiayaan mudah (SPM)kepada KPSM yang memerlukan modal permulaan untuk memulakan aktiviti urus niaga BTS dengan kadar RM200,000 bagi setiap KPSM.

Katanya, penyediaan Skim ini dapat meningkatkan keupayaan KPSM terutama dalam pembelian secara bayaran tunai BTS yang dibekalkan oleh pekebun kecil.

Ahli-ahli KPSM yang hadir.

Sehingga 28 Februari 2022, sebanyak 69 KPSM telah ditubuhkan di seluruh negara iaitu 24 di Semenanjung, 18 di Sarawak dan 27 di Sabah.

Daripada jumlah itu sebanyak 61 KPSM telah menjalankan urusniaga BTS dengan jumlah jualan BTS ke kilang pada tahun 2021 sebanyak 314,834.15 tan.

Sementara itu KPSM Apin-Apin Bingkor Berhad telah ditubuhkan pada 15 Julai 2019 dengan keahlian 48 orang.

Hadir sama Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Keningau Muhammad Anas Bin Nasrudin, Ketua Pejabat MPOB Cawangan Keningau Zainih Bukari, Pengurus Kooerasi Penanam Sawit Mampan Apin-Apin Bingkor Berhad Puan Maslin Diris, Pengurus Koperasi Penanam Sawit Mampan Apin-Apin Bingkor Berhad Robert Paulus, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred dan pemimpin-pemimpin masyarakat dan pekebun-pekebun sawit di kawasan Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN