26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah khususnya Ranau terus dikunjungi pelancong

Rubinggah (empat kanan) sempat merakam gambar kenangan semasa lawatan mereka ke RRF.

RANAU: Pandemik Covid-19 yang masih belum reda tidak menghalang serombongan 16 orang pelancong dari Semenanjung untuk berkunjung ke Sabah khusus ke daerah Ranau dan Kundasang antara daerah pelancongan terkenal di peringkat antarabangsa.

Rombongan 16 orang itu yang diketuai, Rubinggah Binti Mohd 66, dari Kuala Lumpur ketika berada di Sabah telah berkunjung ke Ranau Rabbit Farm (RRF) dengan Mountain  Sky Bike, Bombon Marakau, Taman Air Panas Poring Sabah Teh Nalapak, Tagal Ikan Jinak Luanti Baru,  Pekan Nabalu dan banyak lagi.

“Kami berasa seronok berkunjung ke  Sabah terutama daerah Ranau dan Kundasang yang masih memaparkan keindahan panorama termasuk sekitar Gunung Kinabalu dengan hutan menghijau belum terusik”, jelas Rubinggah ketika ditemui semasa di RRF terletak kira-kira 6 kilometer dari pekam Ranau.

Anggota rombongan katanya, tertarik dengan keindahan lokasi-lokasi yang sempat dilawati dengan penduduknya yang ramah mesra.
  
              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN