27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah beralih Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN)

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membuat peralihan fasa bagi negeri Sabah ke fasa 2  Pelan Pemulihan Negara (PPN)  berdasarkan pencapaian nilai ambang  tiga indikator utama yang ditetapkan berkuat kuasa Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan penelitian semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) berdasarkan nilai-nilai ambang negeri ini.

“Maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang ditetapkan bagi fasa 2 boleh dirujuk di laman sesawang MKN di  www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nilai ambang diukur berdasarkan tiga indikator iaitu purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Sebelum ini, enam negeri sudah beralih ke Fasa 2 iaitu Pulau Pinang, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang sekali gus membolehkan negeri-negeri terbabit dapat menikmati pelbagai kelonggaran ekoran peralihan fasa baharu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lalu mengumumkan pelaksanaan PPN sebagai strategi peralihan keluar menerusi empat fasa daripada krisis wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN