29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah Terbuka Krismas 2022 dan Sambutan Tahun Baru 2023 Parlimen Ranau, 14 Januari ini

Antara  Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau merakam gambar bersama Benedict (empat kiri).

RANAU: Majlis Rumah Terbuka Krismas 2022 dan Sambutan Tahun Baru 2023 anjuran Pejabat Parlimen P.179 Ranau, yang telah dijadualkan 7 Januari lepas telah ditunda pada 14 Januari 2023 di Dewan Masyarakat Ranau  bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau,  selaku Pengerusi Jawatankuasa pelaksana program itu, Benedict Gunda memberitahu, tarikh 7Januari itu telah ditunda atas sebab keadaan cuaca di mana banyak berlaku bencana tanah runtuh dan  banjir melibatkan perumahan penduduk di Ranau.

“Itulah antara faktor  majlis itu ditunda kepada 14 Januari,
memberi ruang kepada staf bersama Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin  untuk membantu mangsa banjir dan tanah runtuh yang berlaku”, jelas Benedict.

Menurutnya  program tersebut akan dihadiri para pemimpin, Ketua dan  pegawai serta kakitangan Jabatan kerajaan negeri dan persekutuan  daerah Ranau akan diserikan dengan pesembahan tarian Sambut Tamu oleh Persatuan Belia Kg.Mininsalu Baru,koir daripada Belia RC Kg.Bongkud,  Persatuan Muda Mudi (PMM) Gereja  SIB Kg.Bongkud dan persembahan lagu-lagu daripada para artis jemputan.

Benedict  memberitahu, majlis itu antara lain bertujuan mewujudkan perpaduan dan persaudaraan sedia terjalin dikalangan pemimpin dengan rakyat tanpa membezakan kaum, agama dan politik.

Beliau memaklumkan majlis tersebut akan dirasmikan Datuk Jonathan.

Beliau menjemput orang ramai termasuk  pelancong untuk hadir ke majis itu sekaligus memeriahkan suasana majlis.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN