26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah Terbuka Aidilfitri mampu tingkatkan silaturahim sesama umah- Mohd Rafi

SILATURAHIM…. Mohd Rafi (duduk tiga dari kanan) bersama, Hamir (duduk dua dari kanan) dan Peter Mak (duduk tiga dari kiri) ketika hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Rozman (duduk empat dari kanan)  di Jalan Tenaga, malam kelmarin.

LABUAN: Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, kehadiran rakyat dan pemimpin parti politik daripada pelbagai latar belakang  pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di pulau ini mampu meningkatkan hubungan silaturahim sesama umah.

Beliau juga turut berharap  sambutan Hari Raya Aidilfitri  yang diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat pada tahun ini  dapat meningkatkan lagi semangat kekeluargaan dan keharmonian yang lebih menyeluruh.

“Kehadiran masyarakat pelbagai kaum serta para pemimpin parti daripada edologi yang berbeza membuktikan warga Labuan lebih mengutamakan  semangat kekeluargaan dan menghormati antara satu sama lain.

“Kita ketepikan  perbezaan politik,  sebaliknya kita perkukuhkan silaturahim  untuk membina sebuah masyarakat dan keluarga  yang lebih harmoni” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Parti Warisan Bahagian Labuan yang juga mantan Ahli Parlimen, Datuk Rozman Isli di kediaman rasminya di Jalan Tenaga, dekat sini, pada malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu Yang Di Pertua PAS Wilayah Persekutuan Labuan, Haji Hamir Zahari, Ketua Parti PBS Bahagian Labuan, Datuk Peter Mak, Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding Sdn.Bhd, Nor Halim Datuk Zaini.

Hadir sama, Ketua Penerangan Parti Warisan Bahagian Labuan, Haji Chemat Haji Mustapha dan  para pemimpin parti DAP Bahagian Labuan dan UPKO Labuan.

Sementara itu, Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menzahirkan rasa syukur  kerana masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan dapat hidup dalam suasana aman damai dan sentiasa menghormati dan menyemarakkan budaya mengunjungi rumah terbuka setiap perayaan yang diraikan oleh pelbagai kaum  dan agama yang terdapat di pulau ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN