24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

RUMAH SMJ UNTUK BANTU RAKYAT : JAPLIN

Terima kasih….. Japlin menyerahkan kunci Rumah SMJ kepada salah seorang penerima di Kota Belud.

KOTA KINABALU: Pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan Kerajaan Sabah merupakan satu usaha bagi membantu rakyat memperoleh kediaman yang lebih selesa.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Usukan, Datuk Japlin Akim berkata, pembinaan itu juga merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi membasmi miskin tegar.

Beliau berkata isu perumahan sememangnya merupakan satu isu yang menjadi perhatian umum.

“Pembinaan Rumah SMJ adalah usaha oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah perumahan rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40”, tambahnya.

Jelasnya, pelaksanaan inisiatif untuk manfaat rakyat itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan negeri pimpinannya dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.

Japlin berkata demikian selepas penyerahan kunci Rumah SMJ di Kampung Pirasan dan beberapa buah kampung di Kampung Kulambai Dundau, Kampung Ambong, Kg. Lantiggi, Kg. Kulambai, Kg. Kulambai Kupang dan Kg. Kuala Abai, Kg. Kota Belud dan Kg. Suang Pungur, Kota Belud.

Baru-baru lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan pembinaan rumah SMJ melibatkan kos sebanyak RM250 juta untuk tahun depan dan akan membina 3,000 buah rumah melalui Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) tahun depan di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

“Rumah SMJ ini dilaksanakan bagi membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan memerlukan rumah kediaman,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN