31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah hampir siap mrosak dihempap batu besar

ROSAK… Bangunan rumah separuh konkrit milik Sajilie memerlukan kos membaik-pulih.

RANAU: Malang tidak berbau, bangunan rumah baharu hampir siap, musnah dihempap batu besar selepas berlaku tanah runtuh baru-baru ini.

Pemiliknya, Sajilie Bin Sahibin dari Kg.Torolobou, 39 kilometer dari pekan Ranau, tidak menduga bencana tanah runtuh merenapkan sebahagian besar bangunan rumah  baharunya separuh konkrit  itu rosak teruk.

“Berikutan dengan kejadian ini, saya merayu dan memohon kepada jabatan berkaitan supaya dapat membantu saya untuk meringankan beban kos membaik-pulih bangunan yang rosak ini”, jelas Sajilie.

Beliau ketika dihubungi, memohon kepada Jabatan Kebajikan Am dan para pemimpin masyarakat supaya membantu beliau menyediakan kos membaik pulih bangunan rumah yang rosak itu.

“Saya tiada punca pendapatan tetap, itu sebab saya memohon sumbangan ehsan daripada mereka yang sudi dan ikhlas membantu’, tambah Sajilie.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN