26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kumpulan Pengasas Pesta Kalimaran cadang Pesta itu diadakan selepas bulan Ramadan dan Kaamatan: Rubin

RUBIN BALANG

Oleh: Stringer

TENOM: Pengasas Pesta Kalimaran, Datuk Rubin Balang dalam kenyataannya hari ini menyatakan penganjuran pesta itu akan diadakan selepas bulan Ramadhan dan Pesta Kaamatan tahun 2024.

Katanya, ini ada kaitan makluman Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) yang belum mendapat peruntukan tahunan daripada kerajaan untuk tahun 2024.

“Maka kami berpendapat penganjuran Pesta Kalimaran tahun ini ditunda selepas bulan Mei kerana bulan Ramadhan sedang berlangsung pada bulan Mac dan April tahun ini dan bulan Mei adalah pesta Kaamatan” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad

Menurut Rubin, mereka juga mengambilkira juga kalender acara rasmi kerajaan negeri dan persekutuan dalam penganjuran Pesta Kalimaran tahun 2025 nanti.

“Saya berharap mana-mana pihak harus memahami matlamat visi dan misi penganjuran Pesta Kalimaran yang sebenarnya. Saya juga mohon aktivis suku kaum Murut tidak terlalu perkauman (Racist) dalam soal penganjuran Pesta Kalimaran, suku kaum lain juga dialu-alukan menganjur dan merayakan bersama pesta Kalimaran termasuklah Datuk Peter Anthony ADUN N.42 Melalap adalah dialu-alukan asalkan bekerjasama dengan LKS dan persatuan-persatuan suku kaum Murut Sabah terutamanya persatuan Murut Timugon yang merupakan sub etnik yang majoriti di DUN Melalap” tegas Rubin.

Rubin yang juga Adun Kemabong merangkap Presiden Murut Sabah (PMS) menjelaskan Pesta Kalimaran adalah perayaan khas suku kaum Murut di Pusat Kebudayaan Murut iaitu bangunan milik LKS sendiri yang telah diilhamkan oleh Datuk Noni Said SUT Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Negeri ketika itu bersama Tuan Haji Rosman Abdullah Pengurus Besar LKS pada ketika itu (tahun 2003) kedua-dua pegawai tinggi kerajaan negeri tersebut pada ketika menemui beliau berkaitan idea mereka.

“Selepas itu, saya rasa gembira dan menemui Ketua Menteri pada ketika itu Tan Sri Musa Haji Aman memohon peruntukan khas untuk LKS menganjurkan pesta tersebut dengan menyalurkan peruntukan sejumlah RM200,000” katanya.

Sejurus itu katanya, kami pemimpin-pemimpin suku kaum Murut mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan PMS ketatapan prosedur penganjuran dan nama pesta tersebut diputuskan oleh AMT PMS dan pemimpin-pemimpin suku kaum Murut berdasarkan nama pesta yang dianjurkan dikawasan-kawasan suku kaum Murut ketika zaman penjajahan British yang diberi nama Pesta PANAWARI atau Pesta INJAWARI yang mengambil nama Bulan Januari, digabungkan matlamat pesta tersebut maka PMS buat solusi menamakannya sebagai Pesta KALIMARAN yang merangkumkan pelbagai pengertian kerajinan menjaga adat istiadat kebudayaan datuk nenek moyang suku kaum Murut dipelihara.

Jelasnya, generasi kini dan generasi akan datang suku kaum Murut perlu dimotivasikan supaya melahirkan genarasi alilimar yang membawa nama
Kalimaran.

Sebab itu tambah Rubin, apabila menganjur pesta Kalimaran semua petugas adalah dikenal pasti terdiri daripada mereka yang arif tentang adat istiadat kebudayaan sukukaum Murut itu sendiri kecuali acara lain sebagai acara tambahan hiburan sampingan yang
dikelolakan oleh LKS sendiri.

Beliau berkata, pesta ini dianjurkan demi menghimpun,memupuk kerjasama suku kaum Murut supaya
mempamirkan kebudayaan adat resam rumpun suku kaum Murut agar tidak hilang ditelan
zaman malah dipelihara,dipertahankan serta diperkembangkan genarasi ke genarasi
selamanya disamping itu juga menghulurkan hubungan baik kepada mana-mana suku kaum lain tidak kira agama dan adat resam mereka.

Disamping itu katanya, ia juga membantu pihak kerajaan menarik para pelancong dari luar berkunjung di negara ini.

Beberapa tahun sebelum tahun 2018 PMS menganjurkan Pesta Kalimaran di beberapa buah daerah yang ada diduduki suku kaum Murut diatas jasabaik mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyalurkan peruntukan kerajaan persekutuan dan seterusnya penganjuran pesta Kalimaran peringkat negeri pada tahun 2018.

Tahun 2022 pesta kalimaran dianjurkan secara kecil-kecilan di pekan Kemabong yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G.Datuk Kitingan dan sokongan kewangan negeri yang diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Mohd Noor.

Pada tahun 2023 pesta Kalimaran dianjurkan di pusat kebudayaan Murut LKS di Kampung Pulong Tenom atas jasa baik Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor menyalurkan peruntukan kewangan membiayai pesta tersebut dan sekali gus melakukan upacara perasmin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN