27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

RTM  terus berperanan sampaikan mesej agenda kerajaan kepada masyarakat

AMINAH  bersama tetamu khas memotong kek sempena Sambutan Hari RTM ke 76 peringkat Labuan

LABUAN: Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memainkan peranan  dalam menyampaikan mesej agenda kerajaan kepada masyarakat.

Demikian kata Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Aminah Samsudin Mohd dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari RTM ke 76 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata, tema sambutan RTM pada tahun ini ‘Terus Unggul’ menunjukkan jenama RTM masih diterima rakyat.

“RTM terus berusaha mengekalkan kedudukan dalam dunia penyiaran sebagai penghubung antara kerajaan dengan masyarakat. Begitu juga dengan LABUANfm yang telah keudara selama 38 tahun di pulau ini” katanya.

PASUKAN Sukarelawan Tindak Balas Pertahanan Awam (CDERT) yang dianggotai oleh kakitangan RTM  bersama Aminah (tiga kanan) dan Left. Kol. Erwin (empat kiri)

Menurut Aminah, pelbagai program di lokasi dan siaran radio diatur bagi memeriahkan sambutan di Labuan. Antaranya program radio di lokasi iaitu Kempen Derma Darah dan Berkayak Ke Pulau Papan 7.6 kilometer.

“Selain itu, program-program khas yang turut  disiarkan di radio ialah Kuiz 76 Tahun, Tik Tok Challenge, Tagal Bersama Otai, Roger-Roger LABUANfm, Bamukun 76 minit Tanpa Henti, Pertandingan Pantun dan Quran Time” katanya.

Sementara itu, acara kemuncak sambutan Hari RTM ke 76 peringkat Labuan  telah diadakan di Laman Padian, Jabatan Penyiaran dengan majlis pelancaran Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Pertahanan Awam (CDERT) Keluarga Malaysia.

Turut diadakan  Pelancaran Program Ramadan dan Lagu Tema bertajuk Terus Unggul nyanyian Syamel.

Hadir sama  meraikan sambutan itu ialah Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Ab. Rasil Hajatil, Pegawai Pertahanan Awam Labuan, Left. Kol. Erwin Kinsui

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN