SIMBOLIK…. Bashir (dua dari kiri), Aminah (tiga dari kiri) dan Fauziah (kiri sekali) melepaskan para peserta kayak di pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
LABUAN: Seramai 22 peserta termasuk 7 daripadanya kakitangan RTM berkayak sejauh 7.6 kilometer sebagai simbolik Sambutan Hari RTM ke 76 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.
Program yang berkolaborasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam, Perbadanan Labuan dan dan Persatuan Kenu Labuan itu telah dilancarkan perlepasannya oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias di pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, dekat sini, pada Sabtu lalu.
KAYAK….sebahagian peserta yang menyertai aktiviti kayak ke Pulau Papan sempena Sambutan Hari RTM ke 76 tahun.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Aminah Samsudin Mohd dan Timbalannya, Fauziah Mohd Sidek.
Menurut Aminah, para peserta berkayak sejauh 7.6 kilometer menuju ke Pulau Papan dan berpatah balik ke Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Katanya, tujuh peserta yang membabitkan kakitangan RTM itu terdiri daripada penyampai radio, wartawan, jurukemera, kejuruteraan dan keselamatan.
Beliau berkata, sambutan RTM ke 76 akan disambut secara rasminya pada 1 April depan.