27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

RTC juara Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Labuan 2024Oleh: JAINUDIN DJIMIN

JUARA…. pasukan RTC dari Sabah menerima hadiah daripada Mahanum (tengah)

LABUAN: Pasukan Sepak Takraw RTC dari Sabah menjuarai Kejohanan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Labuan 2024   selepas menewaskan pasukan OSTC juga dari Sabah  2-1  dalam perlawanan akhir kejohanan itu yang berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, pada Ahad

Dengan kemenangan itu, pasukan RTC membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, sebuah piala dan medal, manakala pasukan OSTC menerima hadiah wang tunai RM2,000 beserta medal.

Pasukan Sepak Takraw Labuan (PSTL)  dan pasukan SUKMA Sabah B masing masing merangkul tempat ketiga dan keempat untuk menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM750.00.

Bagi kategori wanita, pasukan SUKMA Sabah A menjuarai kategori itu selepas menewaskan pasukan Kuala Lumpur dalam perlawanan akhir untuk membawa pulang  hadiah wang tunai RM1,500, piala dan medal.

Pasukan SUKMA Sabah A yang menjuarai kategori wanita menerima hadiah daripada Mahanum.

Pasukan wanita Kuala Lumpur menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta medal.

Tempat  ketiga   dimenangi oleh pasukan sepak takraw wanita dari Perlis dan SUKMA Sabah  B  ditempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan, Mahanum Fauzi.

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Labuan 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Labuan (PSTL) dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Perbadanan Labuan telah disertai seramai 40 pasukan lelaki dan wanita melibatkan penyertaan dari Sabah, Sarawak, Semananjung dan Brunei.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN