ROZMAN ISLI
LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli menyokong penuh tindakan 17 Ketua Kampung yang mahu diberi kuasa penuh untuk melantik 11 Ahli Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JKPP) tanpa melibatkan parti politik.
“Saya setuju sepenuhnya apa yang di perkatakan oleh ketua-ketua kampung Labuan di media baru-baru ini.
Ketua-Ketua kampung sepatutnya diberi kepercayaan penuh untuk membuat lantikan AJPKK seperti sebelum ini.”katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media oleh 17 Ketua Kampung yang mahu diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih JPKK.
Rozman berkata, perlantikan ahli Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JKPP) sepatutnya lebih mengambil kira perpaduan mesyarakat tanpa mengira politik. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini yang mana keadaan politik seluruh negara masih tidak stabil.
“Lantiklah mereka yang mempunyai kewibawaan yang tinggi dan mereka yang boleh membantu ketua dalam pentadbiran kampung seperti wakil-wakil dari masjid/surau, NGO Belia dan sebagainya walaupun mereka ini tidak aktif dalam pertubuhan politik.” katanya.
Selain itu ujarnya, ada baiknya juga setiap JKPP yang dipilih mewakili setiap zon yang ada di kampung masing masing supaya setiap kawasan mempunyai wakil untuk menyampaikan pandangan dan cadangan.
Jelas beliau lagi, lebih setengah tahun lantikan AJPKK di setiap kampung masih belum terlaksana ini bukan sahaja menyusahkan Ketua Kampung tetapi juga rakyat.
Pada Isnin, 17 Ketua Kampung sebulat suara mahu kuasa melantik JKPP diberikan sepenuhnya kepada ketua kampung masing masing.
Menurut mereka secara rasionalnya perlantikan JKPP seharusnya tidak ada campur tangan politik, ini kerana akan memberi kesan kepada perpaduan dan kesejahteraan penduduk kampung itu sediri” katanya.