27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rozman ditentang lima calon lain

CALON….. dari kiri Ramley (Pejuang), Suhaili (PN), Bashir (BN), Ramli (PH), Rozman (Warisan) dan Dayang Rusimah (PBM).

LABUAN: Kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan yang disandang Datuk Rozman Datuk Isli akan menyaksikan pertembungan enam penjuru pada pilihan raya umum ke 15 (PRU15).

Rozman yang memenangi kerusi Parlimen P166 Labuan   dua penggal pada PRU 13 dan PRU 14 atas tiket BN sebelum melompat ke Warisan akan ditentang oleh dua sahabat beliau ketika bersama BN iaitu mantan Ahli Parlimen  Datuk Suhaili Abdul Rahman yang bertanding atas tiket Parikatan Nasional (PN) dan Datuk Bashir Alias yang bertanding atas tiket BN.

Selain itu tiga lagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi P166 Labuan ini ialah Datuk Wira Dr Ramli Tahir dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Ramley Mat Daly dari parti Pejuang dan  Dayang Rusimah @ Raynie Datuk Mohd Din yang bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pengumuman enam calon berkenaan  dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Perlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Yusop Muhammad kira-kira jam jam 10.30 pagi  di Pusat Penamaan Calon SK Sungai Lada.

Sementara itu, proses semakan dan cabut undi yang dijalankan  menyaksikan  Datuk Seri Ramley  Mat Daly (Pejuang) sebagai calon nombor 1, diikuti Datuk Suhaili Abdul Rahman  (PN) calon nombor 2, Datuk Bashir Alias (BN) calon nombor 3, Datuk Wira Ramli Tahir (PH) calon nombor 4, Datuk Rozman Isli (Warisan) calon nombor 5 dan Dayang Rusimah @ Raynie Datuk Mohd Din (PBM) calon nombor 6.

Kira-kira 2,000 penyokong parti yang bertanding hadir sejam lebih awal daripada proses penamaan calon dengan membawa bendera parti masing-masing memenuhi kira-kira 2 km Jalan Padang Besar menuju ke pusat Penamaan Calon.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN