26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Royal Team juara Futsal FIT Malaysia 2023  peringkat Labuan

JOHAN…. Pasukan Royal Team bersama hadiah yang dimenangi

Labuan: Pasukan Royal Team menjadi juara pertandingan futsal sempena Program Fit Malaysia 2023 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Gelanggang Futsal Perbadanan Labuan,  pada Ahad.

Pasukan Royal Team yang dibarisi hampir keseluruhan pemain pasukan  bola sepak Labuan menewaskan pasukan Sun Wukong 77 dengan jaringan 2-0   pada perlawanan akhir sekaligus  membawa pulang hadiah wang tunai  RM1,000 dan medal.

Sun Wukong 77 yang terpaksa berpuas hati bergelar naib juara menerima hadiah wang tunai RM700 beserta medal.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Sun Wukong 88 selepas menewaskan  pasukan Chile FC  2-1  pada peringkat  penentuan tempat ketiga dan keempat.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Sophian Mohd Said.

Pertandingan Futsal yang disertai 36 pasukan merupakan salah satu aktiviti sukan yang dijalankan sempena Program Fit Malaysia  yang diadakan  di seluruh negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN